Salam...
~Red Jumpsuit Apparatus is on air~
Berikut adalah antara simptom yang aku hadapi dikala musim exam :
- Selera makan yang sudah terbang lenyap seperti mencari salji di musim panas ni.. Leng masak, aku tak makan. Aku masak, aku lagilah tak makan. (sigh).
- Overdose Chocolate intake. Pengambilan coklat yang melampau berbanding hari biasa. Air susu pun nak yang coklat je. hahahaha.
- Penyakit kelupaan hari ini hari apa. Erk, entri ni tulis pada hari apa? serius, aku tak ingat!
- Tak sedar aku dah telefon mak belum. Erm, bila aku last telefon mak? 2-3 hari lepas? minggu lepas? betul, aku lupa.
- Terasa kulit makin bertambah putih akibat pertapaan dalam rumah. Sebenarnya, pemalas nak keluar rumah musim panas ni.
- Bilik yang bersepah dari hari biasa. Longokan buku-buku atas meja, buku atas katil, pen dan pensil sembunyi kat mana pun tak tahu.
- Handset yang main sembunyi-sembunyi dengan aku. Aku lupa letak mana dan aku pemalas tahap gaban nak cas. Doalah, masa korang telefon atau mesej aku, aku perasan handset kat mana. Pernah, alih-alih aku tengok 8 missed call dari hani 3 hari lepas.
~Red Jumpsuit Apparatus is on air~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengkritik...