20110708

Akhirnya, aku tewas..

Salam...

Ya, akhirnya aku tewas... menangis keluar air mata juga akhirnya.. tapi, macam pelik aku nangis, sebab aku macam ketawa tapi nangis.. (ada ke macam tu?) hu3.. Ok, nak tahu kenapa aku nangis ?

Enjoy this video


Amacam? Hati korang tersentuh tak tengok budak ni?

Above of all, perasan tak Uudam (nama budak laki ni) tak menangis pun walau orang sekeliling dah meleleh air mata + hingus.. Impak parent dia meninggal, menjadikan dia seorang yang sangat tabah... Aku pelik kenapa orang tak faham keadaan orang macam kami, yang tak boleh nak keluarkan air mata.. 
BUKAN tak nak ye, tapi TIDAK keluar-keluar air matanya..(sekurang-kurangnya aku masih mempunyai mak aku, budak ni?). Serius, kalau orang tanya pasal macam mana arwah abah aku meninggal, aku boleh cerita steady macam tiada apa-apa berlaku. 

Masa aku mula-mula datang mesir dulu, kawan-kawan aku memang semua ingat aku ni cukup segala-galanya, ada parent yang manjakan aku,ada siblings yang concern tentang aku, aku happy good lucky and leading a wonderful life.. But, who know what the true story ? Bila mereka tahu abah aku sudah meninggal, mereka SHOCKED dan muka mereka macam lah aku ni tipu mereka.. Aku macam biasa, steady cool.. This is a life, and I must endure it..

Walau realiti itu sepahit hempedu, tapi langkah hendaklah diteruskan juga.. Ada seribu hikmah yang terkandung disebalik sebuah kesusahan itu

Ok, aku dah ngantuk.. Sekian, Adios Amigos..
P/S : Aku ada kawan yang memang orang mongolia. Dulu kami sekelas semasa aku ikut kelas kat British Council kat KL. Aku panggil dia Soh.. Apa khabar agaknya dia ye?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...