20110703

Jangan tanya aku "bila nak nikah?".

Salam, and Hi everyone.
*disebabkan ada pembaca yang non-muslim, maka aku alter blog ni untuk tatapan siapa-siapa.
**Disebabkan ini juga, entry2 aku akan datang akan lebih kepada realistic dan reasonist.  (reasonist xde dalam kamus, aku je saje mereka-reka).

Topic nikah/kahwin/jodoh adalah topic yang hangat sepanjang masa sama ada di kalangan Girls Clan or Boys Clan. Malah, ramai student yang suka memikirkan bab ni di kala exam menjelang. Aku je masih setia dengan habit aku yang suka makan coklat. Syndrome terbaru yang aku dapat lihat dalam FB mahupun di YM, ramai yang buat status :
"Bestnya tengok drama Nora Elena. Aku rasa nak kahwin pula"

Picture credit to tumblr quote diary

Baguslah mereka nak kahwin, tak bertimbun dosa mereka duduk berkepit  dengan couple sana sini.
Tapi bagi aku, itu semua adalah angan-angan dan fantasi. Rasa macam nak kahwin lepas tengok drama Nora Elena?. Aku gelak guling-guling lah (sorry, aku memang kejam). Tak pe, biar aku kejam sikit-sikit. Realiti susahnya sebuah perkahwinan itu lebih kejam. Hai kawan-kawan, ingatlah bahawa :
 PERKAHWINAN ITU BUKAN SUKA SUKI !!
 Picture credit to tumblr quote diary

 Nak kahwin ingat sesenang eja A B C D ke? Ades, Silalah berpijak di bumi realiti..
Mu nak sangat kahwin ni, mu dah bersiap sedia ke nak tempuh segala cabaran lepas perkahwinan? Sanggup harungi susah senang dengan suami mu sampai akhir hayat ?



Soalan diatas adalah salah satu soalan yang dipandang remeh dan enteng. Kalau dah mabuk cinta/angau tu, hal-hal yang penting selalu diketepikan, yang penting perasaan CINTA mereka berdua. Aku bukan apa, yang aku tengok, mereka yang duk ngadu nak kahwin ni, muda-mudi lagi, mentah lagi rencah kehidupan (kalau dah dewasa dan matang, silakan berkahwin, aku mendoakan kebahagiaan mereka). yelah mentah, bila pakwe buat salah sikit, mula merajuk, baling barang apa semua. Bila pakwe dorang spend masa dengan member-member pakwe dia, boleh pula dorang ni emo tak tentu pasal kata pakwe mereka tak sayang mereka. Dan banyak lagi lah ragam yang malas aku nak tulis. Oh, ini sangat kebudak-budakan...Baru hal remeh temeh dah mengamuk/merajuk sakan. Kalau kahwin dengan perangai sebegini, mungkin aku akan cakap :
 " Wish you luck in your marriage ".
 Picture credit to tumblr quote diary

Nak kahwin ni, perlukan persiapan dari segi rohani, mental dan jasmani. Terimalah segala kemungkinan lepas kahwin. Hidup lepas kahwin bukanlah happy sentiasa. Masalah diri sendiri, masalah suami, masalah anak-anak, masalah bersama. Kalau sekarang ni, masalah diri sendiri pun macam nak pecah kepala mu nak handle, better mu fikir masak-masak lah ye. Aku bukan apa, aku takut mereka-mereka ni akan menyesal dengan keputusan mereka kahwin di waktu muda-mudi. Yelah, kalau menyesal, mana boleh sesedap coklat undur balik perkahwinan tu. Nanti mulalah rasa perkahwinan itu adalah satu beban, padahal tiada siapa pun yang paksa mereka untuk berkahwin dan itu memang pilihan mereka. Kamu-kamu semua yang masih muda umurnya, kalau nak tahu mu dah bersedia untuk berkahwin atau tak, silalah tanya parent masing-masing. Mereka memang arif pasal mu dan pasal alam perkahwinan ni. Lagipun, restu ibubapa tu penting untuk keberkatan alam perkahwinan.

Aku belum berkahwin dan aku sedang menjalani hidup aku yang single mingle ni. Erk, aku tak pernah couple, tapi aku selalu jadi (dengan secara x rasmi) kaunter rujukan masalah cintan-cintun, masalah jodoh/nak kahwin. Aku pun tak tahulah kenapa aku yang mereka rujuk. Tapi, orang dalam masalah kan, kan aku tolong lah mana mampu.

Aku tak terbuka lagi hati untuk memecahkan status aku yang single ni. Yelah, banyak benda aku kena pertimbangkan dan fikirkan. Sekarang ni, Along aku dah graduate, dia akan sambung master sambil berkerja part time kat kampung (ulang alik KL-Muar). Ok, umur dia pun dah dewasa, mestilah dia akan kahwin kan. Lepas perempuan kahwin, prioriti utama dia dengan family kitaorang bukan macam sekarang. So, akulah kena handle dan ambil alih tugas dia yang sekarang ni. Along dah banyak sacrifice untuk family lepas abah meninggal. Aku happy untuk kebahagiaan dia.
Antara amanah yang digalas dibahu aku:
  • Jaga mak, jaga adik-adik.
  • Sara pengajian dan perbelanjaan adik-adik (selepas aku graduate).
  • Pastikan adik-adik aku berjaya dalam study mereka.
  • Pastikan adik-adik aku jadi lelaki yang berguna.
  • Tengok-tengokkan cik amin (pak cik sebelah abah) yang sakit dan mak long (sebelah mak).
Amanah ni memang tersemat kat hati aku. Nak didik adik aku (semua laki) bukan senang, makin besar makin kental degilnya. Aku sayang sangat kat mereka, sebab tu aku garang. Mak aku dah tua, takde nya dia nak strict adik aku macam aku kecil-kecil dulu. Adik aku yang bongsu pula, disebabkan semua orang berlembut, dia naik lemak lah perangai dia. Aku ni garang sebab bersebab. Marah sebab kebaikan dia, bukan ngade-ngade aku nak marah berapi tak tentu pasal. Dulu aku ingat lagi, adik aku pernah pukul-pukul mak, (ms tu dia kecik lagi, sekolah rendah) aku sedih tengok situasi tu, aku pun panas berapi lah.. Aku yang mengejar dia sekeliling rumah dengan pegang hanger, aku yang merotan dia.Dia memang takut dengan aku, sebab aku garang dengan dia. Tapi dia lupa agaknya, masa dia baby dan umur range 1-5 tahun, aku selalu manjakan dia. Aku manjakan dia lebih dari orang lain.
Picture credit to tumblr quote diary

See, nampak tak? susahnya nak mendidik adik, apatah lagi nak mendidik anak sendiri. So, jangan pelik aku tak terbuka hati lagi untuk memecahkan status SINGLE aku.

Picture credit to tumblr quote diary
 Janganlah gatal-gatal tanya aku pasal "bila nak nikah?".
Sekian, Adios.. aku nak pi baca buku...
p/s : aku tak tengok pun Nora Elena ke, Maharaja Lawak ke, Imam Muda ke.. ha3..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...