20110702

Entri yang tiada manfaat, jangan baca kalau mu nak cari bahan berilmiah.

Salam...

  • Ok, aku ngaku aku dah lama tak update sebab pemalas...
  • Aku ada buat tumblr dalam senyap2, family aku je tahu...Tapi.. yang aku pelik, ad je org follow tumblr aku.. (ntah org2 mn ntah). Padahal aku merapu meraban dalam tu.. owh, maybe sebab aku santai2 je kut dlm tu.).
  • Aku juga dah buat twitter, dan orang pelik-pelik gak follow aku.. aku still maintain cool, selagi dorang tak usik aku, aku tak buat pape lah.
  • Aku juga ada buat formspring, aku kenakan member aku dengan soalan pelik-pelik dalam tu.
  • sekarang telah membahasakan diri dengan 'aku' dalam blog/tumblr, ada banyak sebab yang malas nak nyatakan disini
  • Adik aku yang bongsu dah pandai block aku dalam FB, sebab dia takut aku tahu dia ada couple.. dia juga takut aku tahu aktiviti usha2 awek yang dia lakukan dalam senyap-senyap.. At the end, aku tahu.. dan aku marah tahap gaban dengan dia.. sebab dia baru keluar madrasah tahfiz, lepas tu dia baru masuk sekolah menengah tak sampai sebulan pun.. walhal, dia dah janji dengan mak aku bahawa dia akan fokus study. Ok, nasib baik aku kat mesir, kalau aku kat malaysia, aku rasa dia terketar-ketar atau lari dari nampak aku. 
  • FB aku dah jadi kaunter pertanyaan kepada budak-budak yang nak datang study medic kat mesir. Aku tak tahu cilok mana dorang jumpa aku punya FB sebab aku tengok tiada mutual friend pun.
  • Owh yea, broadband aku sekarang dalam tahap kritikal.. macam lego, kene main pasang2, baru boleh guna.. (nak upload gambar broadband aku yang macam lego, tapi aku malas nak cari gambar dalam timbunan folder photo yang melambak).
  • Aku dah ketagih makan apple pie yang macam jual kat Mc D tu, tapi aku tak beli kat Mc D, aku beli kat kedai dekat-dekat area rumah aku. Aku selalu gak port sana sorang-sorang kalau mood aku down. Kalau jumpa aku kat sana, buat-buat tak kenal ye. Tapi setahu aku, tempat tu jarang orang melayu pergi. Sebab aku tak pernah terserempak dengan orang melayu kat situ.
  • Aku tak balik Malaysia tahun ni, so secara rasmi masuk tahun ni, dah 3 tahun aku sambut puasa dan raya kat mesir. Aku juga telah menjadi tempat kaunter pertanyaan 'apakah yang boleh dibuat sepanjang waktu cuti summer di mesir?' oleh budak-budak ni yang tak pernah stay kat mesir waktu summer. Aku macam biasa, cool jawab je soalan mereka sambil makan coklat.
  • Entri kali ni sangat memboringkan.. dah lah xde gambar apa. Blog ni juga sangat LAME and unattractive.. Tapi, aku malas nak pikir tu sume.. 
  • Aku tengah memikirkan hala tuju blog ni, ada orang kata blog aku ni banyak cerita pasal diri aku je, tak de input ilmiah langsung... walau dorang cakap macam tu, aku still lagi cool, masih mampu lagi senyum manis didepan mereka-mereka...
  • Lastly, adik asya, dapat juga ye cari blog akak.. =P

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...