O Alloh, I seek forgiveness for every sin, I committed, about which, of course, You know inside and out, from the beginning to the end of my life, whether committed deliberately or intentionally, few or many, abstruse or manifest, old or new, secretly carried out or openly done,and for whatever wrong I have done I turn repentant unto You. (copy paste from my friend status in FB)
Ya Allah ya tuhanku..
Sesungguhnya hatiku penuh dengan palitan dosa,
Dosa ku bertimbun-timbun seperti gunung agaknya..
Tetapi aku masih lagi leka dengan dunia ini..
Ya Allah bantulah aku untuk mendekati Mu..
Sesungguhnya ku rindu dengan jiwa aku yang dahulu..
Jiwa dan hati ku sekarang sudah dicemari dengan pelbagai dosa..
Jadikanlah hidupku sebagai hamba yang selalu merendah diri dan mengingati Mu..
Ya Allah, aku rindu untuk menangis sendu sedan..
Walau hati ku menangis, jiwaku meronta,
Tapi air mata susah sekali hendak keluar..
Apatah lagi ketika aku sembah kepada mu..
Malah, hati dan pemikiran ku penuh dengan ingatan kepada dunia..
Pabila aku merenung kembali diri ini,
Aku sudah tidak kenal akan diri ku sendiri..
Ya Allah, aku hanya insan yang lemah..
Bantulah aku menjalani kehidupan didunia ini..
Agar aku menjadi hamba yang berguna dan berbakti kepada umat manusia
Ini bukan main-main, ini serius..
Sekian, Insan hina yang masih tidak sedar diri..
Sekian, Insan hina yang masih tidak sedar diri..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengkritik...