20110709

Boys That Influence Me (BTIM) ~part childhood~

Salam...

Andai aku mempunyai peluang, aku nak cari balik lelaki-lelaki yang aku banyak buat salah dengan mereka, aku nak minta maaf dengan mereka.
Dosa dengan Allah, kita boleh bertaubat. Dosa dengan manusia ? Kenalah minta maaf dengan mereka.
Ada yang aku dah jumpa balik, ada yang belum. Yang belum antaranya adalah kembar Amnul Rasyid. Aku dah jumpa balik Aminul Rasyid beberapa bulan lepas dalam Facebook. Kembar dia je belum. Kembar bukan sebapa, tapi sekepala. Aku gelar mereka Amin Kuasa 2.

*Entri ni khas untuk kawan-kawan kat sekolah rendah dulu, especially Azah, aminullah, dan Aminul Rasyid. Kehadiran mereka dalam hidup aku memberi impak yang besar kepada aku. Entri ni bukan untuk menyinggung mana-mana pihak. Segala kesilapan amat dikesali.

 Enjoy the story :
______________________________________________________________

Aminullah atau Amirullah (aku tak ingat nama dia aminullah atau amirullah. Dan aku tak tahu dia bin apa). Amin kuasa 2 ni MY ENEMY and ex-classmate aku masa aku study dekat SRA Al-Tanwiriah. Masa sekolah rendah ni, aku dan Ajah (Azah Md. Sulbidin) selalu compete each other dalam study. Tapi, Ajah selalu dapat nombor 1 and aku pula selalu dapat nombor 2. Ajah sangat pandai terutama dalam subjek agama. Aku ni lebih cenderung kepada akademik, subjek agama aku selalu study last minute. Ajah ni jenis pemalu, aku pula jenis pantang budak laki cari pasal.

Ok, nak dijadikan cerita, satu hari tu aku nampak ada budak ni (agak nerd dan aku tak pernah nampak sebelum ni) beratur kat line sebelah darjah kami. Aku kan suka observe orang, aku tengok muka dia ni macam sebaya budak kelas aku, pastu dia sorang-sorang pula tu, muka pun takut-takut. Aku syak dia beratur kat line yang salah. tapi aku senyap jelah. Dia tengok aku, aku tengok lah dia balik, muka dia macam nak tanya aku, tapi aku cool jelah, sebab dia tak cakap pape.. Selepas tu, kami berduyun-duyun masuk kelas masing-masing. Kelas macam biasa, bising selagi cikgu tak masuk. Budak-budak laki ada yang bersembang pasal game, ada yang duduk senyap lukis kartun (Kassim). Budak perempuan lain macam biasa, bergosip pasal budak laki dan typical bualan biasa.

Masa cikgu masuk, Amin ni masuk sekali. Time tu, aku dah tahu bahawa hypothesis aku tadi betul (aku pun mula cover tahan diri dari nak ketawa). Selepas tu, cikgu perkenalkan dia, budak baru yang akan study dengan kami. Dia dari KL, kat parit jawa ni dia duduk dengan nenek dan atuk dia (kalau x salah aku). Macam biasa, kalau budak baru mestilah HOT kan. Budak-budak perempuan lain mula sibuk-sibuk cakap

"aku dah cop dia, korang jangan ngada-ngada nak gatal dengan dia". 

Aku macam biasa memang tak ambil part dalam bahagian ni, aku lebih suka menuntut belajar melukis dari Si Kassim atau curi-curi keluar masa waktu kelas untuk beli aiskrim pop (ni tak pernah kantoi.. Hahaha). Ajah macam biasa, budak baik yang duduk baca buku time cikgu tak masuk kelas lagi.



Hari demi hari, aku tengok Aminullah ni jadi kamceng dengan Aminul Rasyid. Kemana-mana mereka berdua. Makin HOT lah mereka berdua ni dikalangan budak perempuan kelas aku. Itu ok lagi. Yang tak OK nya, Amin kuasa 2 ni selalu cari pasal dengan aku dan ajah (aku terutamanya). Dorang selalu nak kalahkan aku dalam apa-apa segi. Ditambah teruk lagi, bila waktu exam, Amin kuasa dua ni selalu dapat duduk depan belakang antara satu sama lain. Mereka juga berpakat untuk berbincang secara sembunyi dalam exam. Aku yang agak malang, sebab selalu dapat duduk sebelah mereka berdua.
Aku tahu perbuatan mereka tu......... 
Seingat aku, Amin kuasa 2 pernah sekali mendapat tempat 2 dan 3 dalam keputusan exam. Aku ? malangnya cuma dapat nombor 4. Azah macam biasa, maintain dengan nombor 1. Aku lagilah jadi berapi-api. Starting that time, aku dah cop mereka sebagai MY ENEMY. Yang jadi mangsa pelepas tension aku, adalah si Kassim, aku paksa dia ngajar aku melukis (at the end aku tak reti melukis pun..hahaha). Papan hitam kelas jadi mangsa kreativiti aku semasa cikgu tak masuk kelas.

Disebabkan mereka berdua ni, aku jadi lebih rajin study. The next exam result, aku mampu merampas balik nombor 2 tu. Aku tersenyum puas. Aku gelak-gelakkan Amin Kuasa 2 (jahat tahap gaban aku time tu).Tapi Amin Kuasa 2 buat muka cool je. Oklah, time tu aku raikan kejayaan aku dengan main cepey (betul ke eja ni?). Aku lawan dengan Kassim, Sobri dan budak laki lain. Tercengang-cengang mereka tengok hebat aku main. hahahahaa....... Ajah macam biasa, pemalu dan ayu, dia tak join aku, dia tengok je aku main. Owh yea, ajah memang ramai peminat dari dulu sampai sekarang.

Satu hari, aku gaduh dengan Aminullah. Aku pula mood macam angin time tu. Aminullah pula macam biasa, maintain cool. Aku geram sangat, PAP! AKU TAMPAR DIA. Pergh, berani betul aku time tu. Aku perasan pipi kanan dia merah lepas tu. Selepas tu aku tinggalkan dia macam tu je. Aminullah tiada pula panggil aku ke, marah-marah aku ke. Time kitaorang gaduh ni, si Aminul Rasyid ntah lenyap mana, Ajah pun sama gak lenyap ntah ke mana. Kalau ada dorang, aku rasa takdelah aku sampai tampar Amin. Balik rumah, aku rasa MENYESAL sangat-sangat... Aku rasa perbuatan aku tu sangat lah bodoh. Aku tak cerita dengan siapa-siapa pun.
Itu adalah first time aku tampar orang !
Esoknya aku datang sekolah, aku nampak Amin Kuasa 2 still macam hari-hari biasa. Aku rasa Aminullah tak bagitahu pun kat siapa-siapa  kejadian semalam. Aminul Rasyid pun macam biasa suka cari pasal dengan aku. Aku pula yang jadi kekok. Aku senyap je, aku jadi pemalu dengan Aminullah. Beberapa hari kemudian, aku nampak ada suami isteri berserta anak-anak mereka datang ke sekolah kami. Aku nampak Aminullah keluar berjumpa mereka di luar kelas kami. Heboh budak perempuan kelas aku time tu,

dorang kata "wei, bakal mertua aku dah datang tu". 

Ramai lah duk mengintai-intai dari tingkap. Aku duduk kat meja aku, buka buku. Padahal aku tak baca pun buku. Aku curi-curi dengar orang cakap pasal Aminullah.

Beberapa hari kemudian, aku tidak nampak Aminullah kat kelas. Aku tengok Aminul Rasyid nampak sedih.

Aku tanyalah Aminul Rasyid "Mana Aminullah ?".
Aminul Rasyid cakap "Dia pindah sekolah lah, dia ikut parent dia balik KL".

Aku macam nak terjatuh time tu, terus aku duduk di meja aku dengan perasaan sebal.
Aku TAK SEMPAT MINTA MAAF dengan Aminullah ! 
Serius aku sedih... Hari-hari seterusnya aku rasa kesal dengan perbuatan aku.. Beberapa bulan kemudian, parent aku pindahkan aku masuk Madrasah Tahfiz Quran Nurul Ardhain. (1st time aku duduk asrama di waktu sekolah rendah lagi).

Tahun demi tahun berlalu. Kadang-kadang aku ternampak Aminul Rasyid dari jauh mengayuh basikal pergi ke Sekolah agama petang (nak pergi sekolah tu kena lalu depan rumah aku), aku nampak dia tak seceria semasa Aminullah ada. Aku nak tegur dia, tapi kalau dia perasan aku pun dia tengok macam tu je. Aku dengar cerita dari ex-classmate aku dulu, yang Aminul Rasyid dah berubah. Study pun main-main. Kawan dengan budak-budak nakal (aku tak tahu cerita sebenar, aku tak percaya selagi aku tak dengar dari mulut empunya badan). Ajah macam biasa, maintain dengan profile dia sebagai pelajar cemerlang.

Tahun demi tahun, aku sudah pindah ke SMA Al-Khairiyah Mersing pula. Masa ni, aku tak duduk asrama, ulang alik dari rumah ke sekolah. Mak aku ngajar kat SMK Mersing atau orang tempatan panggil Sekolah Siapu. Sekolah Siapu ni sejalan dengan sekolah aku. Kat rumah kitaorang kat mersing ni tiada TV. TV abah aku bawa balik untuk letak dekat rumah kitaorang kat Parit Jawa. Parent aku nak kami rajin study. So, hiburan aku sepanjang waktu adalah bergelumang dengan pelbagai spesis buku.

Kat sekolah,aku pula telah berubah (dah tak macam dulu), aku tidak akan cari pasal dengan budak laki selagi diaorang tak kacau aku. Kalau dorang cari pasal pun, aku sebolehnya settle secara aman. Aku pula lebih banyak cool dari panas berapi tak tentu pasal. Aku rasa influence Amin Kuasa 2 memang beri impak yang besar dalam hidup aku.

Satu hari, mak bawa balik majalah fokus. Masa tu aku berjaya rembat dulu, sebab biasanya aku selalu berebut dengan kakak aku. Maher (adik aku) memang tak berebut sebab dia baru berumur 8 tahun. Aku membaca sambil goyang kaki. Selak punya selak. Sampai satu page tu, aku TERGAMAM !
Aku nampak gambar Aminullah !
 Aku rasa macam nak nangis time tu. Aku baca berikali-kali page tu. Rupanya wartawan FOKUS ada buat interview budak-budak sekolah dia (aku tak ingat nama sekolah tu, tapi Sekolah Agama Menengah tu kat selangor). Aku tengok dia jadi pengawas, still muka cool + skema dan dari apa aku baca dia cakap, aku tahu dia tengah struggle study untuk success. Alhamdulillah, aku kagum sangat dengan dia. Aku tengok gak interview pelajar lain. Aku nampak sorang minah ni, nama dia ada selit zakiah juga (aku tak ingat nama penuh budakni). Budak ni pengawas juga, mungkin sekelas dengan Aminullah. Aku terfikir,
Aminullah ni ingat tak aku agaknya ?
Persoalan hanya tinggal persoalan. Masa berlalu dengan pantas. Aku pun dah berpindah ke SMA Kerajaan Johor Kluang, then aku masuk Maahad Johor selama 5 bulan (kena paksa masuk oleh abah). Lepas result UPU keluar, aku masuk Kolej Matrikulasi Pahang selama 3 bulan. Kemudian, Aku terbang ke mesir untuk melanjutkan study kat sana.

Aku teruskan hidup aku sebagai pelajar di Universiti yang tertua di dunia ni. Aku tengah pulun untuk habiskan degree yang tak habis-habis ni. Pejam celik, pejam celik, tak habis-habis juga (hahahaha).

Satu hari, Aku pergi ke Kedutaan Malaysia yang terletak nun kat Abbasiyah sana untuk terjemah kan result exam aku. Result exam aku kena translate sebab ianya dalam bahasa arab. Aku tengah duduk-duduk goyang kaki, tunggu ustaz Rosni (pegawai yang translate kan result) panggil giliran aku.
Tiba-tiba aku terkedu, aku tengok je seorang mamat ni yang tengah sibuk berjalan ke sana sini untuk uruskan dokumen dia. Ini bukan bayangan !
 Ya Allah, aku nampak Aminullah didepan mata aku sendiri. Aku tengok je dari jauh, nak tegur memang aku seganlah kan. Ada juga keberanian nak tegur. Malah, aku pun bincang dengan Kak kiah.

Aku : Akak, akak orang selangor kan ? Akak kenal tak ustaz tu ? (sambil tunjuk dekat Aminullah).
Kak Kiah :  Akak tak kenal lah. Kenapa ?
Aku : Saya macam kenal lah, macam budak kelas saya masa sekolah rendah dulu.
Kak kiah : Pergilah tegur, tegur je.
Aku : Akak, saya seganlah. Entah dia ingat saya ke tak. Orang laki ni bukan ingat sangat pun, lagipun tu bertahun lama dulu.

Tiba-tiba, Amin tengok aku. Agaknya dia perasan aku tengok dia kut. Selepas tu, aku nampaklah dia tengok aku berkali-kali sambil kerutkan dahi. Selepas tu, Ustaz Rosni panggil aku, giliran aku dah sampai. Bila aku keluar balik, aku dah tak nampak dia dah.
Serius, aku sedih. Sebab, aku nak minta maaf dengan dia. Padahal peluang tu ada depan mata je.
Itulah kali terakhir aku nampak Aminullah. Aku tak tahu dia study pengajian islam atau medic. Perasaan serba salah aku masih tebal dalam diri aku hingga sekarang.

Moga Aminullah berjaya untuk capai matlamat dia, dan moga dia bahagia dunia dan akhirat.
Untuk Aminul Rasyid, Tahiniah sebab dah bertunang. Moga amin bahagia sampai akhirat. Nanti walimahnya jangan lupa bagitahu aku. 
Untuk ajah. Mungkin kita dah tak serapat dulu kerana masing-masing sibuk dengan life masing-masing. Tapi saya sentiasa ingat ajah. Miss you..


P/S : Aminul Rasyid kata aku ingat betul dengan kenangan kitaorang. Sedangkan dia ingat-ingat lupa.

Sekian, Ini buka REKAAN aku, Ini cerita BETUL.
Insan yang penuh dengan palitan dosa.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...