Rumah macam baru lepas dilanda puting beliung, aku pun duk cover migrain aku yang macam nak pecah kepala aku. Tetiba aku dengar 2 'suara tak berapa nak pelik' kat ruang yang 'tak berapa nak tamu'. Aku yang dalam keadaan migrain yang susah nak dapat tidur, teruskan pembaringan aku tanpa aku hirau suara itu. Aku dalam mamai, sangat terkejut tetiba ada buah anggur di depan mata aku. Lagi aku pelik, alien mana datang hantar anggur ni, macam tahu-tahu je aku mengidam buah-buahan.
picture credit to AnggurMalaysia
Tetiba tersembul muka 2 alien, dalam keadaan mamai aku cam satu je muka.
Ya Allah, Hani Izzati datang rumah aku !!! Abislah.... rumah aku dalam keadaan yang.................
Lebih mengejutkan, baru aku cam muka alien lagi satu, Zaty Asma' Salsabila. T____T
Hai korang, selamat datang ke rumah yang macam puting beliung.
Thanks to hani & zaty kerana sanggup datang ziarah.
Berita yang aku dapat dari mereka :
- Zaty baru sampai mesir, dia balik malaysia 17 hari. (Pergh, aku memang sahabat yang x guna, boleh x tahu sahabat sendiri balik malaysia dan dah balik mesir balik,. SENGAL!!).
- Tak lama lagi, aku boleh main fashion-fashion. Insyallah, tidak lama lagi, sahabat aku akan melahirkan anak dia dalam beberapa bulan lagi. Owh yeah, baby tu akan jadi mangsa untuk difesyenkan dengan pelbagai jenis gaya baju. Baru best main fashion dengan baby betul.
P/S : hani tanya "Akak, kenapa tak angkat telefon?". Aku still maintain cool+mask face jawab "Tak perasan".
Patutlah dia macam nak marah aku, 3 missed call! :P
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengkritik...