20120724

4 hari pertama di bulan ramadhan

1 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah pada malam 1 ramadhan, aku memnunaikan solat terawih di masjid yusuf (berdekatan dengan rumah kami).
Sejujurnya, hanya pernah melihat masjid ini hanya dari luar dan x pernah memasuki masjid ini lagi.
Pergi ke masjid dengan keadaan berlari-lari sebab sudah lambat (pukul 9 mlm, azan isya dlm 8.30).
Sampai di pintu masjid,makcik arab yang duduk di pintu tu terus menunjukkan arah tempat solat perempuan (mcm tahu2, aku ni x tahu kan. Kikiki).
Aku bertanya kepada makcik :
"لو سمحت، يبداء صلاة التراويح أو لا ؟ "
(tumpang tanya, sudah solat terawih ke belum?)

Makcik arab :
" هل بكرة صيام ؟ "
(esok puasa ke?)

Aku :
"نعم، بكرة يبداء الصيام ".
( ye, esok start puasa)

Aku pun pelik makcik ni x tahu rupanya malam tu dah start terawih ke x. Pastu aku masuk tempat wanita, tengok dorang semua tengah duduk2, nampak ada sorang kakak malaysia.
Aku : " kak, tumpang tanya, dah solat terawih ke? "
Kakak : " belum dik."
Aku : " kak ni kakak kedah yang duk depan imarah kami ka? "
Kakak : " ye, ni adik medic yang duk kat imarah belakang kan? Siapa nama ? "

Maka, silaturahim pun terjalin.. Kikikiki.. Tu lah faedahnya masjid. Masyarakat setempat berkumpul dan menunaikan solat berjemaah. Excited nampak kakak tu mcm apa, sebab x ramai orang melayu duk kat kawasan H6 ni, kalau H7 ramai lah.

Pada petang tu, aku masak ketam yang sudah jadi arca dalam fridge akibat beli dan simpan tapi x masak-masak kesudahnya. Then aku bagi lauk kepada kwn2 yang duk area rumah aku dan rumah zainab. Ketam mahal kat cairo, haritu ada promosi, aku beli, alang2 tu aku bagi kawan2 aku merasa. Sharing is caring right?
Lauk berbuka itu jadi lauk sahur juga, x merajin nak masak banyak kali.

*msia x pose lagi time ni..

2 - 3 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih di masjid,
Cuaca pun x panas sangat berbanding 1 ramadhan, solat xde lah berpeluh-peluh. Angin luar pun tiup sepoi sepoi bahasa. Berkat bulan ramadhan agaknya.
Alhamdulillah juga, aku dapat menunaikan ibadah puasa pada 2 hari ni, tapi hari ke-3 puasa, aku kemalasan nak masak, maka aku & fie terpaksa makan diluar selepas solat terawih.

4 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih di masjid yusuf seperti biasa, tapi ada budak kecik terpijak cermin mata aku masa imam tengah bagi tazkirah *_* Xpe xpe, budak-budak x tahu pape.. Sabar sabar.
Berbuka hanya dengan seketul roti croissant dan tamar, aku x larat nak masak petang tu sebab baru balik beli barang dapur. Aku plan nak masak lepas aku balik terawih. Tapi, masa maghrib aku baca quran, then aku tertidur lepas baca quran. Sedar-sedar ja dah lambat nak pi masjid. Sedih, x dapat nak solat terawih kat masjid. Solat terawih jemaah dengan fie kat rumah.. Hihihihi.. Alhamdulillah, jemaah juga kan. Lepas tu baru aku masak express. Masa makan, fie luahkan cerita masalah dia kat aku. Ye, berjam juga aku dengar, tapi x pe, moga Allah permudahkan urusan dia selepas ni. Aku doakan yang terbaik je untuk dia.

Sekian, tu sahaja cerita aku di awal ramadhan. Moga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah. Doa banyak-banyak. Jangan sia-siakan masa. Aku target nak habiskan baca quran bersama terjemahan sekali. Aku kena dur 1 subjek.Doakan aku lulus exam dan menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Belajar untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

~insan yang merindui malaysia~

posted from Bloggeroid

Dalam proses membersihkan hati



(hati yang bermaharajalela dengan dosa pada imaginasi aku)

Hati ni dah berkarat dengan palitan dosa-dosa. Asyik nak enjoy, pentingkan diri, x hirau perasaan orang lain, x lupa juga pemalas tahap super.

Satu hari, tiba-tiba Allah campakkan rasa penat dalam diri aku.
Penat dengan dosa-dosa terkumpul.
Terasa hidup aku penuh dengan sia-sia.
Orang lain nampak aku macam baik. Dengan niqab & tudung labuh bagai.Tapi aku tahu diri aku..
Penuh dengan palitan dosa. Aku seakan kehilangan identiti aku yang dahulu.

Teringat kata-kata ulama,
Kalau nak bersihkan hati,
Basuhlah bilik air.
Aku tertanya sejauh mana kebenarannya.
Satu hari, Allah mencampakkan rasa untuk mengemas bilik air dalam hati aku.
Aku pun basuh dan kemas.
Bersih selicinnya tidaklah..
Tapi aku buat mana aku mampu.
Dan Allah gerakkan lagi hati aku,
Untuk mengemas dapur, yg penuh dengan pinggan mangkuk periuk yang x dibasuh entah berapa lama.
Aku pun tak tahu dari mana timbunan pinggan mangkuk kotor muncul.
Sebab aku dah lama x makan kat rumah dan disebabkan masing2 dah habis exam, maka semuanya malas nak masak.
Aku pun mengemaslah sedaya mana aku mampu.
Kemas punya kemas, sampah yang dikemas sudah berplastik2 beratur kat depan pintu.
Memang x larat aku nak buang semua sekaligus.
Setiap kali aku keluar, aku buang 1 plastik sampah hitam.
Sedikit demi sedikit aku mengemas rumah sedaya mana aku mampu.
Bersihkah hati aku?

Dalam setiap amal yang kita buat,
Hendaklah kita ikhlas.
Dan untuk mencari keikhlasan itu amat susah.
Tapi sekurangnya kena mencuba untuk menjadi ikhlas.
Kalau membersihkan tempat kotor, tapi hati tak ikhlas, hati tu still tak bersih lagi.
Cuba untuk mengikhlaskan hati sedaya mungkin.
Moga-moga Allah terima amal ibadah kita.
Kalau kita tolong permudahkan urusan orang, Allah pasti permudahkan urusan kita.
Aku tak pasti sejauh mana Allah akan tolong aku atau mungkin ke Allah nak tolong hambaNYA yang bongkak ini?
Tapi apa yang pasti, aku memupuk diri untuk berlapang dada sekarang.
Berlapang dada dan bersangka baik dengan orang lain.
Ya.. Ianya amat susah..
Tapi aku cuba..
Cuba untuk perbaiki diri.
Moga aku dapat membersihkan hati, juga istiqamah dalam memperbaiki diri.




(konon2 hati dah bersih, tapi parut n karat masih meninggalkan kesan kat hati)

Sekian,
Hamba yang penuh dengan dosa.

posted from Bloggeroid

20120424

I'm just the way who i am..

Salam...

Hai sihat ke semua?
Bagi siapa yg bakal menghadapi exam bulan 5 ni, baik korang baca buku, dari melayan karutan aku ni. Kuikuikui..

------------------------
minggu lepas...
Aku pi meronggeng kat maadi dgn syak, sbb utama kami dah tension sangat mengadap buku..
Pejam celik pejam celik, x abis-abis lg abis baca..
Aduss.. Memang tension yang teramat..
Pergi maadi pun on the spot punya decision.
Decision bermula bila si syak dtg 'terjah' rumah aku, masa tu pula aku tgh mamai mamai sebab time2 nak exam ni aku jadi macam vampire (malam berjaga dan siang lemah2).
Si syak terus mengajak aku pi maadi. Maka aku pun bersiap2 lah apa yg patut dgn had laju yg mcm kura-kura.
Then bila aku dah siap semua, ad orang tegur aku macam2.. Aku x tahu lah niat dia nak sindir aku ke apa.
Dia kata "hah, saya baru nampak akak treat diri akk dengan sepatutnya dgn pakai melawa2 mcm ni. Yelah bukan apa, klu akk main pakai taram pakai mcm selalu tu akk mcm x treat dii akak dgn baik. Ye lah, lg 1, kenapa org laki suka tgok pakai lawa-lawa? Sbb pakaian jg kan... Saya rasa akak akn jumpa jodoh akak ari ni" and bla bla bla bla...

Aku dalam hati aku dah kata "what the crap that she talking about?". Aku malas nak bangkang dia, sbb dia akan pastikan dia menang walau apa cara, klu dia dah nak kalah, dia akan buat2 x dgr dan mengadap fb kat lappy dia.
Aku mengaku aku agak melawa hari tu. Tudung labuh+blouse labuh+skirt labuh. Oh niqab x lupa.
Aku bukan selalu melawa, kadang2 tu kena sampuk angin mana aku tetiba ja nak melawa. Tapi biasanya aku melawa bila aku x nak jumpa org lain, bila aku nak privacy. Aku bukan nak cari jodoh ye dgn pakai lawa2..
Xde masa aku nak menggatai miang mcm tu. Owh please, thats are not me. I just want to lead a low profile life.

Kebiasaannya kat mesir ni aku just pakai jubah+tudung labuh+niqab ja. Simple ja.. (oh, dgn kasut crocs yg warna merah oren atau sneakers). Pastu, selalu juga telinga aku kena tegur dgn org2 yg menjaga imej sgt ni.
Nak jaga imej aku x kisah, tpi klu nak jg imej, smpi x nak pi kuliah hanya sebab xde baju yang sesuai, tu aku rs mcm nak bg facepalm kat muka depa. Pergi kuliah ja pun, banyak je baju dlm almari, pakai je apa2 yg simple and kemas. Lagipun universiti azhar ni asing laki pompuan. Aku x tahu apa jadi kalau x asing. Jadi mcm diva mungkin? Kuikuikui..

Maka selalu je balas mcm ni "peduli apa nak berimej bagai klu berlagak mcm anak org kaya, akk ni org biasa2 ja, asal simple kemas n menutup aurat, peduli apa imej bagai ni. Peduli apa korg nk ckp apa pun".
Then, aku berjalan dgn riang ria tanpa peduli org lain.

sebenarnya dorg sakit hati bila aku hidup dgn cara aku secara bebas dan riang tanpa peduli apa org kata..Kehkehkeh..

This is me, i'm just be a real me..

Nak cari attention laki? Buat apa? Buang karan.. Kisah ape ye dak?

Cerita lain..

Aku pernah masuk watson kat msia (tahun lepas) utk beli supplies bw balik msir. Ms tu aku pakai simple ja tudung labuh plain simpang + baju kurung aku ms form 5 + sandal capuk adik laki aku punya.
Then jurujual kat watson pandang aku semacam, dah lah aku ambil barang banyak sebakul.
Masa nak bayar tu, dia siap cakap lagi "kalau buat member card boleh dapat discount, bg je ic n bayar yuran tahunan".
Pastu aku jawab selamba "owh ea?, malangnya saya x selalu balik msia, dan esok saya nak fly ke luar dri msia, lgpun sy ad passport je dgn sy je skrg, ic tertinggal kat rumah."
Jurujual tu terdiam x terkutik.
Pastu aku bayar brg aku yg banyak tu dgn cash then blah mcm tu ja.

Dont just judge the book by its cover.

Sekian..
Aku dgn cara aku..
Adios amigos..

posted from Bloggeroid

20120411

Cara orang arab drive

Salam..

Orang mesir ni kalau drive dorang memang expert, malah depa ni boleh drive reverse (memandu kereta ke belakang) dengan lajunya dan pakarnya. Ini disebabkan, tiadanya JPJ seperti di malaysia. Maka, dorang drive kenderaan mengikut sesuka hati mereka. Malah, kalau ruang yang sempit untuk parking, dorang akan sebolehnya akan cuba parking di situ, kreatif kan mereka? kuikuikuikui

Petang tadi, aku pergi Kedai buku Samir Wa Ali, untuk membeli buku-buku kosong untuk study week (exam x sampai sebulan lagi wei). Maka, balik dari kedai tu, aku naiklah tremco (van yang fungsi nya macam bas) dari kawasan Enppi. Tremco tu berjalan macam biasa, pastu tiba-tiba, ada seorang mamat arab katanya nak turun kat Syarik Mahkamah (Jalan mahkamah dlm BM), maka tremco tu lalulah jalan di sebelah Ezz Elarab.

Disebabkan berlakunya kesesakan di Ezz Elarab, maka tremco tu cuba untuk undur dan lalu jalan tadi..
Tapi di sebabkan driver tremco tak reti nak sabar kreatif orangnya, maka dia ambil lane sebelah kiri..
Penumpang dalam tremco mula menyumpah-nyumpah driver tremco tu, bahkan orang singapore yang merupakan penumpang turut curse driver tersebut dalam English sambil pegang erat2 tangan kawan masing-masing. Aku je maintan cool dalam tremco tu, sebab aku yakin dengan skill memandu driver tremco tu, walau aku rasa macam dalam video game je gayanya. Bila kitaorang sampai ke arabiata untuk turun, orang arab semua tengok semacam tremco yang kami naik tu, driver tu boleh pula ketawa-ketawa buat muka tak bersalah. Aku turun tremco sambil tersenyum-senyum, Alhamdulillah, selamat juga sampai, sebab tu aku tersenyum.. Orang singapore tadi kata "after this, I will not ride tremco again", sambil membebel dengan kawan-kawan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sebenarnya, jalan raya kat mesir ni, ada 2 lane, setiap lane ada pokok atau batu bata pemisah antara 2 lane.
Setiap lane pula, hanya one-way sahaja. Dan secara normal, orang akan memandu di lane kanan bahagian mereka. Lane kiri tu menentang arus, dan driver tremco tu tadi dengan selambanya drive kat lane kiri yang menentang arus, bukan drive kat tepi-tepi ja, kat tengah, kat tepi, tengok lah ada ke tak kenderaan yang menentang arus, asal dia nak cepat sampai. Kemain betei driver tu, macam video game sahaja dia buat gamaknya. Video game ok lagi, kalau accident tak de apa-apa, ni bawa orang betul, yang bernyawa. huhuhuhuhu..

Doakan aku


Dijalan ini...

Dugaan datang satu persatu..
Macam air hujan datang menimpaku..

Lepas satu persatu ia datang,
Macam aku ni tak boleh berpisah dengan dugaan.
Bersedia atau tak bersedia,
Mampu atau tak mampu,
Aku tetap teruskan langkah ku dijalan ini,
Biar pun lambat, Biarpun perit dan pahit,

Langkah tetap terpaksa diteruskan
Kerna, aku yang memilih jalan ini.

Dari permulaan..

Ramai yang tidak yakin dengan aku,
Mampukah aku memasuki jalan ini?
Mampukah aku bertahan dalam jalan ini?
Malah ada yang mentertawakan aku.
Arwah abah pula sering mengatakan jalan ini susah,
Bagaikan semua orang tidak yakin dengan diri aku..
Tapi, aku semakin nekad,
Nekad meneruskan perjalanan ini..
Walau tidak pasti adakah aku mampu mengapainya..

Dari tahun ke tahun,
Pejam celik,

Aku sudah berada di tengah landasan yang aku impikan,
Bagaikan ianya satu mimpi,
Mimpi mengejar impian.

Rupanya,
Tak semudah itu Allah nak bagi aku untuk berada di jalan ini,
Bahkan aku diuji dengan kegagalan,
Dihina, dikutuk dan dipandang rendah oleh orang ramai,
Tapi aku masih mampu senyum kepada mereka,
Bahkan aku menjalani hidup aku seperti biasa,
Bagaikan tiada kesedihan dalam hidup aku.
Tapi, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati aku,
Betapa peritnya aku menguntumkan senyuman,
Betapa pedihnya aku meneruskan hidup aku.
Air mata hanya mengalir bila aku bersendirian..
Orang hanya mampu berkata "awak tabah, awak boleh teruskan".
Tapi hakikat kegagalan itu hanya orang yang pernah gagal sahaja tahu peritnya..

Dahulu,
Aku dimanjakan oleh keluarga,
Susah itu jauh sekali dari hidupku,
Semuanya serba lengkap,
Mahu ke sana ke sini, Ada orang hantar dan jemput,
Kalau ada masalah, keluarga aku yang selesaikan.
Sebarang urusan, keluarga aku yang selesaikan.
Bagaikan seorang puteri dalam keluarga ku.
Ya, dahulu itulah aku yang dahulu.
Seorang gadis yang cengeng bila masalah ditimpa,
dan orang lain mudah merasakan kasihan bila melihat aku menangis dan lemah.

Sekarang,
Semuanya aku yang selesaikan sendiri,
Susah itu umpama udara dalam hidupku,
Sesukar mana urusan,
Sesusah mana masalah,
Aku tetap meneruskan langkah dan hadapinya.
Tanpa memberitahu segala kesusahan yang aku hadapi kepada keluargaku,
Yang mak dan keluaergaku tahu,
Hanyalah khabar gembira sahaja dari ku,
Aku tidak sampai hati untuk memberitahu mak,
kerana aku tidak mahu mak mengalirkan air matanya untuk aku lagi.
Bahkan segala masalah yang aku hadapi,
Aku lebih selesa pendam sendiri dan selesaikan sendiri,
Sebab itu adalah hakikat kehidupan,
Segala masalah yang dihadapi,
Diri sendiri yang kena selesaikan sendiri,
Tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain.
Dan itulah aku yang sekarang,
Bukan anak manja seperti dahulu..
Dan aku tidak suka orang lain melihat aku menangis dan lemah,
Sebab aku tidak mahu simpati mereka.
Simpati umpama sindiran kepada aku..
Sila jangan kesian mahupun simpati kepada ku.
Yang ku pinta,
Hanyalah doakan agar aku mencapai cita-cita ku,
Menjadi seorang doktor sukarelawan yang membantu orang ramai,
Tanpa mengira bangsa dan agama,
Itu sahaja..

20120302

Facial care & bersolek tu Tabaruj ke?

Salam..

Tajuk yg aku tulis ni better tanya orang lebih pakar. Aku cuma nak para-para dan pari-pari syadi syadidah untuk membuka minda mereka dalam hal ni. Aku selalu dengar orang cakap macam ni :
Buat apa membazir pakai produk penjagaan muka bagai, ambil wudhu je cukup, nak cantik-cantik ni tabaruj tau.
tak pun, cakap macam ni :
Nak keluar rumah x payah nak berbedak bagai, keluar je dengan wudhu senang, nak melawa-lawa atau bersolek ni tabaruj tau.
OoOoOoO <----------- reaksi aku kalau dorg cakap depan aku.
Firstly, lets talk about FACIAL CARE.
Ok, untuk pengetahuan pari-pari syadidah yang selalu memandang rendah kat orang-orang yang menitik beratkan pasal  penjagaan muka, TIDAK SEMUA ORANG MEMPUNYAI MUKA LICIN/FLAWLESS seperti anda semua TAHU ? Habis kalau orang tu kulit jenis berminyak dan banyak jerawat kat muka (macam aku), cukup ke dengan wudhu? Aku tak merendahkan hikmah berwudhu, malah aku galakkan semua orang agar sentiasa berwudhu, sebab syaitan susah nak dekat dengan orang yang ada wudhu.
Back to the real point, JERAWAT itu adalah satu jenis penyakit, BLACKHEAD juga adalah satu jenis penyakit, dan segala jenis masalah muka adalah satu penyakit, adakah berdosa kalau nak mengubati dan mencegah penyakit-penyakit tersebut? Adakah dengan berikhtiar mengubati penyakit dikira tabaruj?
Jawab sendirilah ye..
Facial care yang aku maksudkan disini adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam, selagi ia tak mengubah bentuk asal ianya di bolehkan. Lainlah cerita kalau cucuk botox, vitamin C, plastic surgery ke, tu memang HARAM setahu aku.

Pekara yang kena buat bagi orang yang kulit muka bermasalah macam aku adalah :- Basuh muka dengan pencuci muka 2 kali sehari (pagi dan malam).- Basuh muka dengan scrub 2 kali seminggu.- Tuapkan muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.- Pakai toner 2 kali sehari.- Letak tea tree oil extract kat tempat blemish.- Sapu Bio oil kat tempat bekas jerawat.- pakai mosturizer (siang).- Pakai night faded blemish cream bila malam masa nak tidur (kalau aku rajin, kuikuikui)- Pakai mask seminggu sekali (kalau aku ingat, biasa aku lupa, kahkahkah maka jadinya sebulan sekali je aku pakai).

Kalau rajin buat mendalah semua atas ni, muka nanti takdelah berminyak.Jerawat pun kurang. Cuma, aku ni kalau stress, aku malas nak endah facial care semua ni, makanya naiklah pelbagai jerawat kat muka (padan muka).
Aku biasa buat mendalah semua ni kalau nak keluar rumah (sebab kalau keluar rumah lagi banyak kotoran nak melekat kat muka, seperti habuk, asap dan hama) dan malam nak tidur (masa bangun pagi, muka tak berminyak dah).

Secondly, tentang bersolek pula.
Bersolek yang aku nak maksudkan disini adalah Bersolek seadanya untuk nampak muka segar (tak pucat). Bukannya bersolek pakai blusher, mascara, make up tebal-tebal macam barbie doll.
Kalau aku, aku nak keluar rumah biasanya aku tak bersolek pun, cuma facial care yang kat atas tu je aku buat dan pakai lip balm je.
Tapi, kalau ada event/program/meeting atau apa-apa yang menyebabkan aku kena jumpa ramai orang, aku biasa bersolek lah juga, sebab muka aku ni selalu pucat macam orang sakit. Kalau aku baru baik demam ke, migrain ke atau apa-apa penyakit yang biasa aku kena, muka aku pucat tak bermaya macam anak patung. (Aku sendiri pun takut tengok muka aku. kahkahkah..)
Kalau aku bersolek pun sebab aku tak nak orang takut aku tiba-tiba pengsan atau cakap dengan aku "kamu ni sakit ke?", sebab tu kalau jumpa orang dalam 1 event yang aku kena handle, aku akan bersolek.
Bersolek pun takde mana sangat pun, sekadar pakai Garnier BB cream pastu sapu Maybelline oil control compact powder, pastu pakai lip balm. semua pakai nipis je. Tak payah tebal-tebal.
Pernah aku jadi moderator dalam satu slot untuk 1 program ni, masa tu petang lepas solat zohor, aku ni tak sempat nak pakai bedak terus handle slot tu, sepanjang aku handle slot tu, semua orang risau aku akan pengsan, sebab muka pucat.. kan, aku dah cakap, aku ok je, orang yang tengok aku yang takut...
Lagi satu, bila kita berhadapan dan berinteraksi dengan orang, mestilah kita nak muka yang segar, bertenaga dan yang terbaik kan?

Dulu aku sebenarnya tak ambil endah pasal facial care ke, muka aku bila berhadapan dengan orang ramai ke.. semua aku tak kisah.. sebab dulu aku jenis tak bercampur dengan orang, tak berinteraksi sangat dengan orang. Sejak membuat kerja-kerja untuk orang ramai, bergaul dengan orang ramai, aku sedar imej tu penting. Bukan nak berimej sangat pun, cuma nak kemas simple dan sedap mata memandang je.
Start dari tahun lepas, aku baru ambil kisah hal-hal ni. Faktor lain, mak aku yang usung aku pergi buat facial masa aku balik malaysia. Mak aku nak aku kelihatan feminine, dia tak suka tengok aku pakai sneakers bagai. Aku rasa dia mesti terkejut kalau tengok gaya aku kat mesir ni macam mana sebenarnya.. kuikuikui..

Untuk pari-pari syadidah, better tanya orang tu dulu apa yang dia buat sebelum menghukum seseorang tu.
Lagi satu, selagi ianya tak melanggar syarariat islam buat apa nak besar-besarkan isu ye dak? tapi, biasalah perempuan... :P


p/s : sebenarnya, aku susah nak cari produk facial care yang sesuai untuk aku. Biasanya kalau produk biasa kulit aku mengelupas sebab terlampau kering, atau muka aku kemerah-merahan atau macam-macam lagi. sekarang aku pakai tea tree product keluaran Body Shop, so far it is good.. lagipun body shop bahan dia organic. kopak duit aku beli mendalah ni, nasib baik sekali beli tahan dalam 3 bulan.

20111219

Marriage

Salam..

                      MARRIAGE
Isu ini memang sentiasa menjadi hot topic dikalangan pelajar. Terutamanya lepas Karnival Unit Bait Muslim PERUBATAN pada 16.12.2011 lepas. Dewan masa tu penuh, lebih penuh dari Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK). Bab kahwin, semua orang laju, semua orang berminat, sampai tak cukup kerusi dan tak muat dewan. Cuba kalau program lain, seperti membentangkan isu palestin ke, isu islami ke, Medicophilic Week ke atau apa-apa seangkatan denganya, dewan sungguh lengang. Padahal aku rasa, sekarang ni masing-masing tengah busy, sebab dah nak exam bulan ni atau depan.



Sebenarnya, aku malas nak pergi karnival UBM ni, tapi lepas dileteri dan di brainwash dinasihati oleh kawan-kawan aku, terpaksalah aku mengagahkan diri untuk pergi. Program start pukul 8 pagi, aku sampai ARMA dalam pukul 1.30 petang (kuikuikui). Anyway, aku tengok ramai yang khusyuk dan tawaduk mendengar pengisian. Aku rasa, aku sorang je rasa bosan, maka aku pun bermain-main YM dengan along & kawan-kawan aku. Nampak benar, aku tak bersedia lagi nak kahwin. kihkihkihkih. Pengisian program ni bagi aku, takdelah boring mana, cuma maybe sebab aku tak ikhlas datang kut, sebab tu aku bosan. Program dijadualkan habis pada pukul 3.30 petang. Tapi dah nak pukul 4 petang tak habis-habis lagi, maka demi aku tak nak menyusahkan mana-mana lelaki malang untuk jadi mushrif kalau aku tunggu program habis, aku pun balik lah sorang-sorang ke H6 dengan menaiki bas. Hani, zainab, nabilah dan yang lain semua tunggu program habis. (Maghrib dalam area pukul 4.30 petang).

Minggu lepas, aku telefon mak aku, lama betul kitaorang borak, mak kata suara aku ceria. Dalam kami berbual-bual, terjadilah perbualan seperti berikut :
Mak : Yah jangan jual mahal sangat dengan laki, nanti susah.
Aku (terkedu sebentar) : erm......... kalau tak jual mahal, takkan nak jual murah pula. Angah bukan jual mahal lah mak, angah cuma jaga diri angah dari hal-hal yang tak patut.
Mak : Yelah, mak cakap je.
Aku : Mak, mak tahukan angah macam mana, susah nak percaya lelaki, even diaorang cakap direct dengan angah pun, angah masih lagi susah nak percaya dengan dorang.
-------------------------

Setiap kali aku telefon mak, setiap kali isu ni akan dibangkitkan. Mak tak galakkan aku nikah sekarang, sebab study aku pun lambat lagi nak habis, kalau lagi setahun dua nak habis study baru dia bagi green light. Tapi, dia suruh aku kawan-kawan je dulu dengan mana-mana laki. (aku pula bukan suka sangat nak berkawan ni, jauh sama sekali). Aku pun sekarang tengah fokus dengan study, mantapkan diri aku dengan mutiara-mutiara ilmu di mesir ni, belajar bahasa arab kat markaz. dan banyak lagi aku nak kena buat. Nak stabilkan study, tak nak kecewakan mak aku lagi dan macam-macam lagi. Kalau ada orang nak brainwash aku lagi pasal suruh nikah dalam keadaan sekarang, maaf aku akan rebel dengan sepenuhnya. Yes, I'm a rebellious and stubborn person. Maaf, hati aku memang tertutup lagi berkenaan isu ini.

Aku bila tengok mak aku yang single mother since 2008, aku rasa mak aku sangat tabah dalam meneruskan kehidupan dan membesarkan kami yang bermacam ragam. Mak of course masih lagi rasa sedih dengan pemergian abah, kalau bual dengan mak, ada je yang mak sebut pasal arwah abah. Aku dan adik beradik aku biasa memang sedih kalau mak cerita pasal arwah abah, tapi kami masing-masing tahan dari menangis. Kami buat-buat ceriakan suasana. Berpisah dengan suami selepas hidup bersama lebih 20 tahun memang menyedihkan. Tapi itulah hakikat perkahwinan, walau pergi salah seorang dari pasangan tersebut, mereka kena meneruskan perjalanan hidup, terutamanya dalam mendidik anak-anak. Berkerja sorang-sorang demi menyara keluarga, melayan kerenah dan ragam anak-anak dan macam-macam lagi.

Mak, angah minta maaf sebab selalu kecewakan mak. angah minta maaf juga atas salah silap angah dekat mak, Maaf angah tak mampu menjadi anak yang terbaik untuk mak.

20111204

Jumaat yang indah

Salam..

Pada jumaat yang lepas, aku kena pergi ke satu tempat. Aku kena bertolak pagi-pagi dari H6, sebab dah janji dengan orang. Kemudian dengan kesejukan pagi yang sangat sejuk sampai ke tulang, aku dengan tabahnya meredah sorang-sorang ke tempat temu janji.
Bila aku sampai ke tempat tersebut, orangnya tak sampai lagi, aku dengan sejuknya menunggu di situ nasi baik tak jadi patung ais.  kemudian aku ternampak pemandangan yang subhanallah amat cantik. Maka, aku pun mengambil gambar dengan handset cabuk aku :


Inilah gambar matahari terbit.. Alangkah rugi bagi siapa yang tidur lepas subuh. dan alangkah rugi juga kepada siapa yang berkata "hidup ini boring".

Aku berangan-angan hujung minggu nak joging pagi-pagi dengan suami aku (suatu hari nanti yang tak tahu bila) pastu kami sama-sama tengok matahari terbit sambil makan sarapan pagi. Berangan je lebih.
Sekarang ni yang masih single pun, aku pernah bercita-cita untuk joging di hujung minggu dengan Leng. Tapi, apakan daya, Leng tidak mahu... huhuhuhu..