20110927

Sanggul

salam...

ni namanya sanggul palsu yang di pasang dalam tudung untuk buat sanggul dalam tudung.
~picture credit to google serach~

Gambar atas ni aku saje je search kat google untuk cari gambar sanggul, lastly keluar menatang atas ni.. pergh, baru aku tahu ada orang guna menatang atas ni dalam tudung semata-mata untuk nampakkan dia bersanggul juga dalam tudung. Biasanya orang yang berambut pendek dan teringin nak bersanggul pakai mendalah kat atas ni kan? Tabik spring siapa sanggup jadi 'clown' guna menatang atas ni wei.. tu namanya tak de kerja dah.. Lelagi bila tengok mereka bersanggul tapi pakai serkup yang separuh atau serkup suku je. Selepas tu, boleh lah pula anging bertiup shuuuuuuuu.. maka nampaklah rambut mereka yang bersanggul tu. Maka orang ramai tahulah dia ni berambut panjang. Memang aku gelak lah tengok orang macam tu. hahahaha..yelah, rambut panjang mengurai barulah ayu and barulah menjadi idaman lelaki ye dak? hahahah

 in reality, aku tak salahkan orang bersanggul dalam tudung untuk perempuan yang berambut panjang. Yelah, nak kemas, takdelah terjurai-jurai rambut kuar dari tudung kan. Kalau rambut terkeluar tudung, tu dah jadi kes lain pula ye dak? 

Anyway, aku pun perempuan, so aku tahu macam mana realiti isu ni. The truth is, kalau rambut panjang tu takdelah gedabak besar sangat sanggulnya (except memang rambutnya panjang sampai lantai atau lebat maha amat). Yang duk tinggi-tinggi tu pun rambut dorang bukan lah panjang mana pun, ada yang panjang sampai bahu pun exaggerated buat sanggul tinggi-tinggi. Apa kes? orang yang berambut panjang lepas punggung pun tak de macam tu lah wei. hahahaha.. aku rasa macam tengok cerita lawak je bila tengok ragam dorang ni.

Rambut tu kan ditutup kerana aurat, supaya orang lelaki tak tahu macam mana rambut perempuan, panjang mana rambutnya, curl or straight and memacam lagi. Ni pakai tudung, lepas tu saja je buat sanggul tinggi-tinggi.. nak mencanang ke kat semua orang yang anda tu berambut panjang ke cik adik oi? 
*jangan tanya aku apa hukum bersanggul, jangan jadi pemalas, pi sana tanya ustaz-ustazah yang lebih pakar bab hukum. Aku bukan ustazah*

Berikut adalah antara respon yang aku dapat hasil aku meng'interview' orang yang suka buat sanggul tinggi-tinggi atau sengaja menaikkan sanggul/ ikatan rambut :
Kenapa buat sanggul tinggi-tinggi/kenapa meninggikan rambut yang di ikat ? Padahal rambut tak delah panjang mana?
  • Sebab nampak cantik kalau buat tinggi-tinggi.
  • Supaya orang lain boleh impress dengan diri kita,
  • Makin tinggi sanggul makin tinggi tahap confident.
  • Sebab I ikut fashion, I ikut perkembangan semasa je.
  • Sebab I nak pakwe I tahu rambut I panjang.
  • sebab nampak feminine, takdelah orang ingat rambut orang pakai tudung ni botak.
  • Sebab nak nampak menarik.
Aku tahan gelak je masa dengar jawapan diaorang. Sorilah ye aku tak macam korang, kalau aku, aku tak delah nak mecanang rambut aku ni panjang mana. Lagi kita tak bagitahu, lagi orang nak tahu. Lagi orang nak tahu, lagilah aku langsung tak bagitahu apa-apa. LOLs.

Awek-awek yang sengaja meninggikan sanggul,
Berjalan keluar rumah dengan riangnya,
Kaum adam berdiri di tepi-tepi,
Sambil mencuci mata sambil mengusha awek,
Sambil mengutuk telatah orang lalu lalang,
Awek-awek bila diusik kaum adam,
Mula marah-marah manja,
Dalam hati tersangatlah gembira.
Ya, inilah mainan dunia..
Semua nak tunjuk mereka hebat di sini.
Yang paling hebat juga adalah syaitan,
Hebat memainkan nafsu manusia.

P/S : Aku ada satu persoalan, apakah pandangan non-muslim bila melihat awek-awek macam gini?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...