20110923

Pelik betul aku dengan dorang ni

Salam...

aku tak paham..
dengan sikap sesetengah orang. terutamanya yang mempunyai gene XX. Ye, kaum aku tu.
Dari dulu lagi aku dah perhati hal ni, sejak zaman sekolah lagi.
aku tak suka dunia famous, aku kalau boleh try to stay low profile.. nak mencapup tu mmg impossible aku buat dan aku lebih prefer tidak dikenali oleh mana2 golongan XY. tapi aku ramai kawan permpuan.

kadang-kadang aku tak faham dengan kerenah XX ni, selalu tak puas hati dalam hal remeh temeh.

Ada yang tak puas hati sebab aku kenal dengan ramai kawan (XX) dari university lain yang wujud di mesir ni.
aku kenal mereka semua pun sebab ada urusan kerja. biasalah, lepas kerja, ukhuwah tu still keep in touch. kalau hal macam ni aku boleh handle lagi.

Ni aku jumpa dia, aku hulur tangan nak salam, dia kata
"zack, baju kamu selalu cantik-cantik", sambil tarik-tarik baju aku (aku macam nak terjatuh ms dia tarik) dan sambil tu buat muka tak puas hati. aku nak salam je pun, bukan nak cari gaduh. baju yang aku pakai pula adalah baju aku bawa masa mula datang mesir. dah 3 tahun tu baju tu. aku malas nak jawab persoalan dia, aku salam dia dan terus blah. tu okay lagi. ada yang parah, ada yang belek2 baju aku dalam almari, pastu mengomel itu ini, " lawalah baju-baju ni", sambil buat muka tak puas hati, lepas dah tengok tu boleh pula campak macam tu je baju-baju aku kat dalam almari. pergh, jadi satu hal pula aku nak kena kemas balik. aku ni bukan macam dorang pi shopping sakan kat butik-butik macam zara. aku sangat jarang nak beli baju kat mesir, aku biasa beli kat bazar di malaysia je. murah and simple je.

kadang-kadang tu barang yang aku beli lah tu yang dia nak berebut dengan aku. padahal aku beli barang cikai2 je macam kasut converse merah aku yang baru tu, baru berharga LE 50 (dalam RM 25). Biasanya taste dia kasut feminine atau kasut yang mencecah dalam range LE 100 ke atas.

kalau cakap dengan aku, suara orangmacam ni selalu bentak-bentak atau sindir-sindir dengan aku dan mereka selalu akan confirm kan mereka menang dari aku, mereka takkan mengaku kesilapan mereka. yeah, i know they want to be perfectionist. terutama depan orang ramai. malah kalau ada XY yang hensem try tackle mereka, deme akan tunjuk muka puas hati depan aku. Haila, aku tak heran pun dalam hal macam tulah oi.

Aku pelik betul dengan orang macam ni. semua dia nak lebih dari aku dari semua segi. Dari sekolah dulu, aku selalu terjumpa.orang-orang macam ni. Aku biasa malas nak balas balik. Biasanya aku senyap je buat tak tahu apa-apa, kalau orang macam ni mengomen macam2 pasal aku pun, aku senyap and cool je. semua pasal aku semua dikomen. Last-last orang macam ni juga berapi sendiri. Bukan salah aku ye, aku tak buat apa-apa pun. aku cuma senyap dan tak layan mereka.hahaha.

muka aku cepat blushing kalau aku malu/ketawa/marah pun nak juga jadi bahan. ada yang cakap aku sengaja buat macam tu sebab nak tarik perhatian golongab XY. walaweh, bagitahu aku sikit macam mana aku boleh kawal pengaliran darah kat muka aku ni? thats a lame gossip and assumption. takde keje lain nak dibuat agaknya.

Cuma aku pelik, ada apa dengan aku? aku biasa je dari semua segi. Apa yang mereka tak puas hati dengan aku ? aku dah penat dengan orang-orang macam ni.


dikarut menggunakan aindroid. Laptop telah di'gantung' buat satu masa yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...