20101204

friendly not flirty, ok?

Salam kepada semua...
WARNING : This entry is not to critics or damns others OK?
"Friendly Vs Flirty"
I am a person who can be friendly to everyone either it is boy or it is girl.
Kalau dengan akhawat (perempuan), mestilah kena terlebih peramah ye, Ukhuwah's boundary is unlimited.
Kalau dengan ikhwah(lelaki), siapa-siapa yang nak flirting sila angkat kaki awal-awal, dan sila berambus.. ha3 (ketawa dengan kejamnya).

Tapi, kalau akhawat....
Ramai yang 1st time jumpa ana, dorang malu-malu kucing+kambing dan  memandang ana adalah seorang yang sangat skema dan syadid (aiyoyo, hamba bukan skema n syadid ye).
hamba bukanlah sebaik mana yang dorang sangkakan, dan bukan skema+syadid+thiqah mana yang orang anggapkan dan seangkatan dengannya..Who know the real me will say that i'm not a 'skema' person..
Hamba pun pelik binti hairan, kenapalah budak-budak perempuan malu-malu ni, kena hamba approach dulu barulah bibit cinta ukhuwah kami bersemi.

Rupa-rupanya.. adess.. sebab pemakaian hamba...( tudung labuh+niqab+jubah)
Tudung dan cara pemakaian hamba adalah hasil asuhan dan tarbiyah parent hamba (terima kasih abah, thank alot mak) dan arwah abah dan mak hamba bukanlah ustaz dan ustazah, mak hamba juga bukanlah seorang yang memakai tudung labuh, akak hamba adalah seorang yang simple dimple dan family kami adalah satu family yang sempoi-mempoi...
 (tapi xdelah serba hitam macam ni)

Tapi ana teringat kata-kata arwah abah :
" Abah nak anak-anak abah tak jadi macam abah yang tak arif pasal bidang agama. Abah nak anak-anak abah menjadi seseorang yang berjaya sebagai seorang muslim/muslimah yang berguna untuk ummah."
 (hu3, rindu dengan arwah abah)
Syadid ke hamba ni??
Nak kata hamba syadid, hamba ada je member2 ikhwah yang memang baik+kamceng+sekepala. Mereka, hamba kenal dari form 1 dulu, dari form 1 sampai pindah sekolah pun sama-sama, parent kami pun kenal antara satu sama lain, kalau dorang berSMS dengan hamba, hamba rasa 1 family hamba baca SMS mereka, kalau kata namanya kawan dan bukan buat pekara yang tak baik, buat apa nak sorok-sorok ye tak.

"Bersahabat dan flirting, berbeza ke?"
 (Ni adalah bukan contoh yang baik ye kawan-kawan)

Berbeza ye kalau korang bersahabat/kawan dengan flirting.. kalau korang berkawan, kawan jelah, korang tak memikirkan sangat perasaan dan hati kawan. Kalau flirting, korang nak kenal-kenal pastu jiwang miwang, pastu cakap-cakap pasal benda tak patut, senang kata korang pasang niat lain selain berkawan. Orang disekeliling anda akan nampak dan menilai sendiri adakah anda berkawan atau flirting, cubalah tanya orang sekeliling.. hi3..

Contoh yang terbaik (pasal bersahabat) pernah berlaku dalam hidup hamba sendiri :
Hamba bersahabat baik dengan 2 orang ikhwah ni (syafiq dan azizul),Cikgu-cikgu memang tahu pasal ke'memberan' kami bertiga dan mereka percaya yang kami betul-betul berkawan bukan untuk flirting, hatta cikgu zul (cikgu math) menyuruh kami bertiga berbincang dan bersama-sama membuat latihan dalam kelas (group kami special case, sebab 3 orang je). Pelajar perempuan yang lain ketika itu ada yang mengigit jari sebab tak dapat sekumpulan dengan si syafiq dan azizul ni, yelah sebab masa tu si azizul dan si syafiq ni adalah icon penting sekolah, so ramailah secreto adimire mereka. Ha3.. Bukan hamba yang nak 1 group dengan dorang ye, cikgu yang aturkan.. hamba pun terkuzat tahap petala, sebab hamba sendiri segan sebab hamba sorang akhawat.
(comel lah pula gambar budak ni)

Dorang ni sangat mengenali diri hamba ni, dah masak perangai hamba yang  tak molek dan yang molek. Tapi kalau dah kawan ni, janganlah langgar batasan agama, keluar dengan kawan-kawan laki dengan sesuka hati dan buat pekara-pekara lain. Aiyo, siapa yang ngajar boleh selamba-selamba keluar dengan mereka? kalau ada pun itu hanya 'sunnah barat' ye.. Dah takde akhawat sangat ke nak suruh temankan ke?. Kalau nak belanja makan pun, hamba suruh dorang datang rumah hamba, hamba masak kat rumah, dorang nak tambah-tambah sampai meletup perut pun tak pe.

"Tak pernah timbul perasaan minat ke suka ke?"
Ni soalan famous sepanjang hamba bersahabat dengan si azizul dan si syafiq atau dengan orang lain..
Sebenarnya, kita kena letakkan sendiri wall atau kubu bagi mengelakkan diri kita atau diri pihak lain dari mencereboh atau menyeludup masuk 'the prohibited area'.
Berkawan atau bersahabat kerana apa? kalau korang minat orang tu dan korang ajak dorang berkawan memanglah cari nahas, akhirnya korang sendiri tanggung padahnya, tergolek frust dan segala kesan kesedihan korang tanggung sendiri lah ye.. ha3(DEVILISH laugh)
Pastu, dah tahu diri tu pangkat akak, bahasakanlah diri tu akak, secara tak langsung kita dah bina kubu-kubu pertahanan dan ia adalah penting bagi mengelakkan salah faham tentang perasaan dari mana-mana pihak. (Ok, setakat ni kawan-kawan hamba dari ikhwah mojoriti adalah pangkat adik ye, hi3).
Lepas itu, korang sebagai muslimah, janganlah buat pekara yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang muslimah. Contohnya, asyik telefon memanjang, asyik nak berSMS je, asyik nak berYM je. Cuba renung balik isi perbualan korang, adakah ianya penuh dengan manfaat atau 90% adalah pekara sia-sia? hah, jawab sendirilah ye..
Kemudian, korang JANGAN SEKALI-KALI BERJANJI pekara yang sepatutnya dengan ikhwah, terutama hal perasaan dan jodoh.. nanti dorang ungkit balik, ha3 padan muka..


Rasanya dah tak ada benda nak repek dah.. (ha3.. merepek dan mengarut adalah my expert).

Tapi, nak buat Conclusion : Kalau korang kawan je kan bagus, kalau berkawan lepas tu korang couple (walaupun niatnya ke arah membina bait muslim), lepastu korang break, mesti lepastu korang jadi kekok kan? kan? Kalau dah terminat atau tersuka tu, terus jelah jumpa parent orang yang anda suka, paling koman pun korang jumpa unit bait muslim tanya status orang tu, kan senang, itulah cara paling hormat dan direspect oleh mana-mana akhawat.. Kalau sekadar meluahkan perasaan anda, pastu anda frust.. ok sila tanggung sendiri effect tersebut ye.. SUNNAH Rasullah S.A.W ada, kenapa nak pilih SUNNAH BARAT pula kan?The choice is in your hand.. 


P/S : Entry ini adalah peringatan khusus untuk diri hamba juga.. orang yang menulis lagi diuji dari orang yang membaca.. ~I love all my friends especially akhawat~


~Islam is the best way of life, whatever happen in your life, wake up again and get the fresh start ending, Believe that Allah always beside you~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...