20120411

Doakan aku


Dijalan ini...

Dugaan datang satu persatu..
Macam air hujan datang menimpaku..

Lepas satu persatu ia datang,
Macam aku ni tak boleh berpisah dengan dugaan.
Bersedia atau tak bersedia,
Mampu atau tak mampu,
Aku tetap teruskan langkah ku dijalan ini,
Biar pun lambat, Biarpun perit dan pahit,

Langkah tetap terpaksa diteruskan
Kerna, aku yang memilih jalan ini.

Dari permulaan..

Ramai yang tidak yakin dengan aku,
Mampukah aku memasuki jalan ini?
Mampukah aku bertahan dalam jalan ini?
Malah ada yang mentertawakan aku.
Arwah abah pula sering mengatakan jalan ini susah,
Bagaikan semua orang tidak yakin dengan diri aku..
Tapi, aku semakin nekad,
Nekad meneruskan perjalanan ini..
Walau tidak pasti adakah aku mampu mengapainya..

Dari tahun ke tahun,
Pejam celik,

Aku sudah berada di tengah landasan yang aku impikan,
Bagaikan ianya satu mimpi,
Mimpi mengejar impian.

Rupanya,
Tak semudah itu Allah nak bagi aku untuk berada di jalan ini,
Bahkan aku diuji dengan kegagalan,
Dihina, dikutuk dan dipandang rendah oleh orang ramai,
Tapi aku masih mampu senyum kepada mereka,
Bahkan aku menjalani hidup aku seperti biasa,
Bagaikan tiada kesedihan dalam hidup aku.
Tapi, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati aku,
Betapa peritnya aku menguntumkan senyuman,
Betapa pedihnya aku meneruskan hidup aku.
Air mata hanya mengalir bila aku bersendirian..
Orang hanya mampu berkata "awak tabah, awak boleh teruskan".
Tapi hakikat kegagalan itu hanya orang yang pernah gagal sahaja tahu peritnya..

Dahulu,
Aku dimanjakan oleh keluarga,
Susah itu jauh sekali dari hidupku,
Semuanya serba lengkap,
Mahu ke sana ke sini, Ada orang hantar dan jemput,
Kalau ada masalah, keluarga aku yang selesaikan.
Sebarang urusan, keluarga aku yang selesaikan.
Bagaikan seorang puteri dalam keluarga ku.
Ya, dahulu itulah aku yang dahulu.
Seorang gadis yang cengeng bila masalah ditimpa,
dan orang lain mudah merasakan kasihan bila melihat aku menangis dan lemah.

Sekarang,
Semuanya aku yang selesaikan sendiri,
Susah itu umpama udara dalam hidupku,
Sesukar mana urusan,
Sesusah mana masalah,
Aku tetap meneruskan langkah dan hadapinya.
Tanpa memberitahu segala kesusahan yang aku hadapi kepada keluargaku,
Yang mak dan keluaergaku tahu,
Hanyalah khabar gembira sahaja dari ku,
Aku tidak sampai hati untuk memberitahu mak,
kerana aku tidak mahu mak mengalirkan air matanya untuk aku lagi.
Bahkan segala masalah yang aku hadapi,
Aku lebih selesa pendam sendiri dan selesaikan sendiri,
Sebab itu adalah hakikat kehidupan,
Segala masalah yang dihadapi,
Diri sendiri yang kena selesaikan sendiri,
Tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain.
Dan itulah aku yang sekarang,
Bukan anak manja seperti dahulu..
Dan aku tidak suka orang lain melihat aku menangis dan lemah,
Sebab aku tidak mahu simpati mereka.
Simpati umpama sindiran kepada aku..
Sila jangan kesian mahupun simpati kepada ku.
Yang ku pinta,
Hanyalah doakan agar aku mencapai cita-cita ku,
Menjadi seorang doktor sukarelawan yang membantu orang ramai,
Tanpa mengira bangsa dan agama,
Itu sahaja..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengkritik...