
(hati yang bermaharajalela dengan dosa pada imaginasi aku)
Hati ni dah berkarat dengan palitan dosa-dosa. Asyik nak enjoy, pentingkan diri, x hirau perasaan orang lain, x lupa juga pemalas tahap super.
Satu hari, tiba-tiba Allah campakkan rasa penat dalam diri aku.
Penat dengan dosa-dosa terkumpul.
Terasa hidup aku penuh dengan sia-sia.
Orang lain nampak aku macam baik. Dengan niqab & tudung labuh bagai.Tapi aku tahu diri aku..
Penuh dengan palitan dosa. Aku seakan kehilangan identiti aku yang dahulu.
Teringat kata-kata ulama,
Kalau nak bersihkan hati,
Basuhlah bilik air.
Aku tertanya sejauh mana kebenarannya.
Satu hari, Allah mencampakkan rasa untuk mengemas bilik air dalam hati aku.
Aku pun basuh dan kemas.
Bersih selicinnya tidaklah..
Tapi aku buat mana aku mampu.
Dan Allah gerakkan lagi hati aku,
Untuk mengemas dapur, yg penuh dengan pinggan mangkuk periuk yang x dibasuh entah berapa lama.
Aku pun tak tahu dari mana timbunan pinggan mangkuk kotor muncul.
Sebab aku dah lama x makan kat rumah dan disebabkan masing2 dah habis exam, maka semuanya malas nak masak.
Aku pun mengemaslah sedaya mana aku mampu.
Kemas punya kemas, sampah yang dikemas sudah berplastik2 beratur kat depan pintu.
Memang x larat aku nak buang semua sekaligus.
Setiap kali aku keluar, aku buang 1 plastik sampah hitam.
Sedikit demi sedikit aku mengemas rumah sedaya mana aku mampu.
Bersihkah hati aku?
Dalam setiap amal yang kita buat,
Hendaklah kita ikhlas.
Dan untuk mencari keikhlasan itu amat susah.
Tapi sekurangnya kena mencuba untuk menjadi ikhlas.
Kalau membersihkan tempat kotor, tapi hati tak ikhlas, hati tu still tak bersih lagi.
Cuba untuk mengikhlaskan hati sedaya mungkin.
Moga-moga Allah terima amal ibadah kita.
Kalau kita tolong permudahkan urusan orang, Allah pasti permudahkan urusan kita.
Aku tak pasti sejauh mana Allah akan tolong aku atau mungkin ke Allah nak tolong hambaNYA yang bongkak ini?
Tapi apa yang pasti, aku memupuk diri untuk berlapang dada sekarang.
Berlapang dada dan bersangka baik dengan orang lain.
Ya.. Ianya amat susah..
Tapi aku cuba..
Cuba untuk perbaiki diri.
Moga aku dapat membersihkan hati, juga istiqamah dalam memperbaiki diri.

(konon2 hati dah bersih, tapi parut n karat masih meninggalkan kesan kat hati)
Sekian,
Hamba yang penuh dengan dosa.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengkritik...