20120724

4 hari pertama di bulan ramadhan

1 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah pada malam 1 ramadhan, aku memnunaikan solat terawih di masjid yusuf (berdekatan dengan rumah kami).
Sejujurnya, hanya pernah melihat masjid ini hanya dari luar dan x pernah memasuki masjid ini lagi.
Pergi ke masjid dengan keadaan berlari-lari sebab sudah lambat (pukul 9 mlm, azan isya dlm 8.30).
Sampai di pintu masjid,makcik arab yang duduk di pintu tu terus menunjukkan arah tempat solat perempuan (mcm tahu2, aku ni x tahu kan. Kikiki).
Aku bertanya kepada makcik :
"لو سمحت، يبداء صلاة التراويح أو لا ؟ "
(tumpang tanya, sudah solat terawih ke belum?)

Makcik arab :
" هل بكرة صيام ؟ "
(esok puasa ke?)

Aku :
"نعم، بكرة يبداء الصيام ".
( ye, esok start puasa)

Aku pun pelik makcik ni x tahu rupanya malam tu dah start terawih ke x. Pastu aku masuk tempat wanita, tengok dorang semua tengah duduk2, nampak ada sorang kakak malaysia.
Aku : " kak, tumpang tanya, dah solat terawih ke? "
Kakak : " belum dik."
Aku : " kak ni kakak kedah yang duk depan imarah kami ka? "
Kakak : " ye, ni adik medic yang duk kat imarah belakang kan? Siapa nama ? "

Maka, silaturahim pun terjalin.. Kikikiki.. Tu lah faedahnya masjid. Masyarakat setempat berkumpul dan menunaikan solat berjemaah. Excited nampak kakak tu mcm apa, sebab x ramai orang melayu duk kat kawasan H6 ni, kalau H7 ramai lah.

Pada petang tu, aku masak ketam yang sudah jadi arca dalam fridge akibat beli dan simpan tapi x masak-masak kesudahnya. Then aku bagi lauk kepada kwn2 yang duk area rumah aku dan rumah zainab. Ketam mahal kat cairo, haritu ada promosi, aku beli, alang2 tu aku bagi kawan2 aku merasa. Sharing is caring right?
Lauk berbuka itu jadi lauk sahur juga, x merajin nak masak banyak kali.

*msia x pose lagi time ni..

2 - 3 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih di masjid,
Cuaca pun x panas sangat berbanding 1 ramadhan, solat xde lah berpeluh-peluh. Angin luar pun tiup sepoi sepoi bahasa. Berkat bulan ramadhan agaknya.
Alhamdulillah juga, aku dapat menunaikan ibadah puasa pada 2 hari ni, tapi hari ke-3 puasa, aku kemalasan nak masak, maka aku & fie terpaksa makan diluar selepas solat terawih.

4 ramadhan 1433H,

Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih di masjid yusuf seperti biasa, tapi ada budak kecik terpijak cermin mata aku masa imam tengah bagi tazkirah *_* Xpe xpe, budak-budak x tahu pape.. Sabar sabar.
Berbuka hanya dengan seketul roti croissant dan tamar, aku x larat nak masak petang tu sebab baru balik beli barang dapur. Aku plan nak masak lepas aku balik terawih. Tapi, masa maghrib aku baca quran, then aku tertidur lepas baca quran. Sedar-sedar ja dah lambat nak pi masjid. Sedih, x dapat nak solat terawih kat masjid. Solat terawih jemaah dengan fie kat rumah.. Hihihihi.. Alhamdulillah, jemaah juga kan. Lepas tu baru aku masak express. Masa makan, fie luahkan cerita masalah dia kat aku. Ye, berjam juga aku dengar, tapi x pe, moga Allah permudahkan urusan dia selepas ni. Aku doakan yang terbaik je untuk dia.

Sekian, tu sahaja cerita aku di awal ramadhan. Moga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah. Doa banyak-banyak. Jangan sia-siakan masa. Aku target nak habiskan baca quran bersama terjemahan sekali. Aku kena dur 1 subjek.Doakan aku lulus exam dan menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Belajar untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

~insan yang merindui malaysia~

posted from Bloggeroid

Dalam proses membersihkan hati



(hati yang bermaharajalela dengan dosa pada imaginasi aku)

Hati ni dah berkarat dengan palitan dosa-dosa. Asyik nak enjoy, pentingkan diri, x hirau perasaan orang lain, x lupa juga pemalas tahap super.

Satu hari, tiba-tiba Allah campakkan rasa penat dalam diri aku.
Penat dengan dosa-dosa terkumpul.
Terasa hidup aku penuh dengan sia-sia.
Orang lain nampak aku macam baik. Dengan niqab & tudung labuh bagai.Tapi aku tahu diri aku..
Penuh dengan palitan dosa. Aku seakan kehilangan identiti aku yang dahulu.

Teringat kata-kata ulama,
Kalau nak bersihkan hati,
Basuhlah bilik air.
Aku tertanya sejauh mana kebenarannya.
Satu hari, Allah mencampakkan rasa untuk mengemas bilik air dalam hati aku.
Aku pun basuh dan kemas.
Bersih selicinnya tidaklah..
Tapi aku buat mana aku mampu.
Dan Allah gerakkan lagi hati aku,
Untuk mengemas dapur, yg penuh dengan pinggan mangkuk periuk yang x dibasuh entah berapa lama.
Aku pun tak tahu dari mana timbunan pinggan mangkuk kotor muncul.
Sebab aku dah lama x makan kat rumah dan disebabkan masing2 dah habis exam, maka semuanya malas nak masak.
Aku pun mengemaslah sedaya mana aku mampu.
Kemas punya kemas, sampah yang dikemas sudah berplastik2 beratur kat depan pintu.
Memang x larat aku nak buang semua sekaligus.
Setiap kali aku keluar, aku buang 1 plastik sampah hitam.
Sedikit demi sedikit aku mengemas rumah sedaya mana aku mampu.
Bersihkah hati aku?

Dalam setiap amal yang kita buat,
Hendaklah kita ikhlas.
Dan untuk mencari keikhlasan itu amat susah.
Tapi sekurangnya kena mencuba untuk menjadi ikhlas.
Kalau membersihkan tempat kotor, tapi hati tak ikhlas, hati tu still tak bersih lagi.
Cuba untuk mengikhlaskan hati sedaya mungkin.
Moga-moga Allah terima amal ibadah kita.
Kalau kita tolong permudahkan urusan orang, Allah pasti permudahkan urusan kita.
Aku tak pasti sejauh mana Allah akan tolong aku atau mungkin ke Allah nak tolong hambaNYA yang bongkak ini?
Tapi apa yang pasti, aku memupuk diri untuk berlapang dada sekarang.
Berlapang dada dan bersangka baik dengan orang lain.
Ya.. Ianya amat susah..
Tapi aku cuba..
Cuba untuk perbaiki diri.
Moga aku dapat membersihkan hati, juga istiqamah dalam memperbaiki diri.




(konon2 hati dah bersih, tapi parut n karat masih meninggalkan kesan kat hati)

Sekian,
Hamba yang penuh dengan dosa.

posted from Bloggeroid