20120424

I'm just the way who i am..

Salam...

Hai sihat ke semua?
Bagi siapa yg bakal menghadapi exam bulan 5 ni, baik korang baca buku, dari melayan karutan aku ni. Kuikuikui..

------------------------
minggu lepas...
Aku pi meronggeng kat maadi dgn syak, sbb utama kami dah tension sangat mengadap buku..
Pejam celik pejam celik, x abis-abis lg abis baca..
Aduss.. Memang tension yang teramat..
Pergi maadi pun on the spot punya decision.
Decision bermula bila si syak dtg 'terjah' rumah aku, masa tu pula aku tgh mamai mamai sebab time2 nak exam ni aku jadi macam vampire (malam berjaga dan siang lemah2).
Si syak terus mengajak aku pi maadi. Maka aku pun bersiap2 lah apa yg patut dgn had laju yg mcm kura-kura.
Then bila aku dah siap semua, ad orang tegur aku macam2.. Aku x tahu lah niat dia nak sindir aku ke apa.
Dia kata "hah, saya baru nampak akak treat diri akk dengan sepatutnya dgn pakai melawa2 mcm ni. Yelah bukan apa, klu akk main pakai taram pakai mcm selalu tu akk mcm x treat dii akak dgn baik. Ye lah, lg 1, kenapa org laki suka tgok pakai lawa-lawa? Sbb pakaian jg kan... Saya rasa akak akn jumpa jodoh akak ari ni" and bla bla bla bla...

Aku dalam hati aku dah kata "what the crap that she talking about?". Aku malas nak bangkang dia, sbb dia akan pastikan dia menang walau apa cara, klu dia dah nak kalah, dia akan buat2 x dgr dan mengadap fb kat lappy dia.
Aku mengaku aku agak melawa hari tu. Tudung labuh+blouse labuh+skirt labuh. Oh niqab x lupa.
Aku bukan selalu melawa, kadang2 tu kena sampuk angin mana aku tetiba ja nak melawa. Tapi biasanya aku melawa bila aku x nak jumpa org lain, bila aku nak privacy. Aku bukan nak cari jodoh ye dgn pakai lawa2..
Xde masa aku nak menggatai miang mcm tu. Owh please, thats are not me. I just want to lead a low profile life.

Kebiasaannya kat mesir ni aku just pakai jubah+tudung labuh+niqab ja. Simple ja.. (oh, dgn kasut crocs yg warna merah oren atau sneakers). Pastu, selalu juga telinga aku kena tegur dgn org2 yg menjaga imej sgt ni.
Nak jaga imej aku x kisah, tpi klu nak jg imej, smpi x nak pi kuliah hanya sebab xde baju yang sesuai, tu aku rs mcm nak bg facepalm kat muka depa. Pergi kuliah ja pun, banyak je baju dlm almari, pakai je apa2 yg simple and kemas. Lagipun universiti azhar ni asing laki pompuan. Aku x tahu apa jadi kalau x asing. Jadi mcm diva mungkin? Kuikuikui..

Maka selalu je balas mcm ni "peduli apa nak berimej bagai klu berlagak mcm anak org kaya, akk ni org biasa2 ja, asal simple kemas n menutup aurat, peduli apa imej bagai ni. Peduli apa korg nk ckp apa pun".
Then, aku berjalan dgn riang ria tanpa peduli org lain.

sebenarnya dorg sakit hati bila aku hidup dgn cara aku secara bebas dan riang tanpa peduli apa org kata..Kehkehkeh..

This is me, i'm just be a real me..

Nak cari attention laki? Buat apa? Buang karan.. Kisah ape ye dak?

Cerita lain..

Aku pernah masuk watson kat msia (tahun lepas) utk beli supplies bw balik msir. Ms tu aku pakai simple ja tudung labuh plain simpang + baju kurung aku ms form 5 + sandal capuk adik laki aku punya.
Then jurujual kat watson pandang aku semacam, dah lah aku ambil barang banyak sebakul.
Masa nak bayar tu, dia siap cakap lagi "kalau buat member card boleh dapat discount, bg je ic n bayar yuran tahunan".
Pastu aku jawab selamba "owh ea?, malangnya saya x selalu balik msia, dan esok saya nak fly ke luar dri msia, lgpun sy ad passport je dgn sy je skrg, ic tertinggal kat rumah."
Jurujual tu terdiam x terkutik.
Pastu aku bayar brg aku yg banyak tu dgn cash then blah mcm tu ja.

Dont just judge the book by its cover.

Sekian..
Aku dgn cara aku..
Adios amigos..

posted from Bloggeroid

20120411

Cara orang arab drive

Salam..

Orang mesir ni kalau drive dorang memang expert, malah depa ni boleh drive reverse (memandu kereta ke belakang) dengan lajunya dan pakarnya. Ini disebabkan, tiadanya JPJ seperti di malaysia. Maka, dorang drive kenderaan mengikut sesuka hati mereka. Malah, kalau ruang yang sempit untuk parking, dorang akan sebolehnya akan cuba parking di situ, kreatif kan mereka? kuikuikuikui

Petang tadi, aku pergi Kedai buku Samir Wa Ali, untuk membeli buku-buku kosong untuk study week (exam x sampai sebulan lagi wei). Maka, balik dari kedai tu, aku naiklah tremco (van yang fungsi nya macam bas) dari kawasan Enppi. Tremco tu berjalan macam biasa, pastu tiba-tiba, ada seorang mamat arab katanya nak turun kat Syarik Mahkamah (Jalan mahkamah dlm BM), maka tremco tu lalulah jalan di sebelah Ezz Elarab.

Disebabkan berlakunya kesesakan di Ezz Elarab, maka tremco tu cuba untuk undur dan lalu jalan tadi..
Tapi di sebabkan driver tremco tak reti nak sabar kreatif orangnya, maka dia ambil lane sebelah kiri..
Penumpang dalam tremco mula menyumpah-nyumpah driver tremco tu, bahkan orang singapore yang merupakan penumpang turut curse driver tersebut dalam English sambil pegang erat2 tangan kawan masing-masing. Aku je maintan cool dalam tremco tu, sebab aku yakin dengan skill memandu driver tremco tu, walau aku rasa macam dalam video game je gayanya. Bila kitaorang sampai ke arabiata untuk turun, orang arab semua tengok semacam tremco yang kami naik tu, driver tu boleh pula ketawa-ketawa buat muka tak bersalah. Aku turun tremco sambil tersenyum-senyum, Alhamdulillah, selamat juga sampai, sebab tu aku tersenyum.. Orang singapore tadi kata "after this, I will not ride tremco again", sambil membebel dengan kawan-kawan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sebenarnya, jalan raya kat mesir ni, ada 2 lane, setiap lane ada pokok atau batu bata pemisah antara 2 lane.
Setiap lane pula, hanya one-way sahaja. Dan secara normal, orang akan memandu di lane kanan bahagian mereka. Lane kiri tu menentang arus, dan driver tremco tu tadi dengan selambanya drive kat lane kiri yang menentang arus, bukan drive kat tepi-tepi ja, kat tengah, kat tepi, tengok lah ada ke tak kenderaan yang menentang arus, asal dia nak cepat sampai. Kemain betei driver tu, macam video game sahaja dia buat gamaknya. Video game ok lagi, kalau accident tak de apa-apa, ni bawa orang betul, yang bernyawa. huhuhuhuhu..

Doakan aku


Dijalan ini...

Dugaan datang satu persatu..
Macam air hujan datang menimpaku..

Lepas satu persatu ia datang,
Macam aku ni tak boleh berpisah dengan dugaan.
Bersedia atau tak bersedia,
Mampu atau tak mampu,
Aku tetap teruskan langkah ku dijalan ini,
Biar pun lambat, Biarpun perit dan pahit,

Langkah tetap terpaksa diteruskan
Kerna, aku yang memilih jalan ini.

Dari permulaan..

Ramai yang tidak yakin dengan aku,
Mampukah aku memasuki jalan ini?
Mampukah aku bertahan dalam jalan ini?
Malah ada yang mentertawakan aku.
Arwah abah pula sering mengatakan jalan ini susah,
Bagaikan semua orang tidak yakin dengan diri aku..
Tapi, aku semakin nekad,
Nekad meneruskan perjalanan ini..
Walau tidak pasti adakah aku mampu mengapainya..

Dari tahun ke tahun,
Pejam celik,

Aku sudah berada di tengah landasan yang aku impikan,
Bagaikan ianya satu mimpi,
Mimpi mengejar impian.

Rupanya,
Tak semudah itu Allah nak bagi aku untuk berada di jalan ini,
Bahkan aku diuji dengan kegagalan,
Dihina, dikutuk dan dipandang rendah oleh orang ramai,
Tapi aku masih mampu senyum kepada mereka,
Bahkan aku menjalani hidup aku seperti biasa,
Bagaikan tiada kesedihan dalam hidup aku.
Tapi, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati aku,
Betapa peritnya aku menguntumkan senyuman,
Betapa pedihnya aku meneruskan hidup aku.
Air mata hanya mengalir bila aku bersendirian..
Orang hanya mampu berkata "awak tabah, awak boleh teruskan".
Tapi hakikat kegagalan itu hanya orang yang pernah gagal sahaja tahu peritnya..

Dahulu,
Aku dimanjakan oleh keluarga,
Susah itu jauh sekali dari hidupku,
Semuanya serba lengkap,
Mahu ke sana ke sini, Ada orang hantar dan jemput,
Kalau ada masalah, keluarga aku yang selesaikan.
Sebarang urusan, keluarga aku yang selesaikan.
Bagaikan seorang puteri dalam keluarga ku.
Ya, dahulu itulah aku yang dahulu.
Seorang gadis yang cengeng bila masalah ditimpa,
dan orang lain mudah merasakan kasihan bila melihat aku menangis dan lemah.

Sekarang,
Semuanya aku yang selesaikan sendiri,
Susah itu umpama udara dalam hidupku,
Sesukar mana urusan,
Sesusah mana masalah,
Aku tetap meneruskan langkah dan hadapinya.
Tanpa memberitahu segala kesusahan yang aku hadapi kepada keluargaku,
Yang mak dan keluaergaku tahu,
Hanyalah khabar gembira sahaja dari ku,
Aku tidak sampai hati untuk memberitahu mak,
kerana aku tidak mahu mak mengalirkan air matanya untuk aku lagi.
Bahkan segala masalah yang aku hadapi,
Aku lebih selesa pendam sendiri dan selesaikan sendiri,
Sebab itu adalah hakikat kehidupan,
Segala masalah yang dihadapi,
Diri sendiri yang kena selesaikan sendiri,
Tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain.
Dan itulah aku yang sekarang,
Bukan anak manja seperti dahulu..
Dan aku tidak suka orang lain melihat aku menangis dan lemah,
Sebab aku tidak mahu simpati mereka.
Simpati umpama sindiran kepada aku..
Sila jangan kesian mahupun simpati kepada ku.
Yang ku pinta,
Hanyalah doakan agar aku mencapai cita-cita ku,
Menjadi seorang doktor sukarelawan yang membantu orang ramai,
Tanpa mengira bangsa dan agama,
Itu sahaja..