20110808

Enjoy lah sampai mati oi!

Salam...

*Ragam budak mesir*

Aku tahu, lepas exam haritu memang ramai nak release tension and nak enjoy sakan. Tu aku tak pelik.
Enjoy sekali sekala boleh lah, ni kalau selalu sangat nak enjoy, memang tingai lah..
Keluar enjoy tengah-tengah malam, keluar dengan kawan-kawan laki (adakah ini dikira musyrif?), balik lepas subuh. Apa kes? Ni memang aku pelik.
Lepas tu, kalau ada orang mengutuk atau mengata mereka, pandai pula mereka mengamuk sakan..

Aku tahu, aku bukan siapa-siapa nak tegur orang-orang yang buat macam tu. k 
Tapi, yang aku bertambah pelik, kat malaysia tiada pula dorang buat ragam dan perangai keluar malam bagai ni. Parent dorang pun mesti suruh duduk rumah je kalau dah malam-malam ni. Sila bagitahu aku, kalau ada parent dikalangan korang beri pelepasan kepada anak mereka untuk keluar tengah-tengah malam untuenjoy, ok? 
Oh, aku lupa. Itu kehidupan mereka, biarlah mereka nak enjoy sakan apa pun. Parent tak tahu mereka buat apa kat mesir ni. So, dunia ini adalah mereka punya.. LOLs
Nak tegur lebih-lebih, masing-masing dah besar. Cumanya, macam tiada siang untuk enjoy pula ye. Nak enjoy boleh, tapi ada batas nya lah. Ni enjoy macam tak ingat dunia je. Aku tergelak-gelak tengok gelagat mereka ni..

Duhai manusia,
Engkau ini hanya Penumpang sementara di Bumi Allah ini.
Aku faham kalau engkau dari latar belakang yang tiada didikan agama,
Tetapi, lihatlah betapa angkuhnya bekas penuntut sekolah agama dengan Allah s.w.t.
Bebas bersuka ria di tengah malam.
Macam sudah tidak ada esok untuk bersuka ria.
Andai sang ibu dan sang ayah mengetahui perbuatan mereka.
Pasti hiba hati sang ayah.
Pasti luluh hati sang ibu.
Tetapi, hati mereka sudah ditutupi dengan keseronokan.
Sampai lupanya sang ibu dan sang ayah jauh nun di Malaysia sana.
Ya Allah, Kau bukakanlah hati manusia ini,
Untuk sedar akan kekhilafan mereka.
Ya Allah, Dekatkanlah kami dengan dirimu.
Bimbinglah kami, andai kami terlencong dari landasan MU.
Sesungguhnya Engkau lah yang mempunyai kuasa untuk membolak-balik kan hati seseorang itu.

Sekian, Insan yang bertatih di bumi Allah.
Adios Amigos.

1 comment:

  1. haha..bru nk enjoy life la kan br dpt berjauhan dgn parents..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengkritik...