20120302

Facial care & bersolek tu Tabaruj ke?

Salam..

Tajuk yg aku tulis ni better tanya orang lebih pakar. Aku cuma nak para-para dan pari-pari syadi syadidah untuk membuka minda mereka dalam hal ni. Aku selalu dengar orang cakap macam ni :
Buat apa membazir pakai produk penjagaan muka bagai, ambil wudhu je cukup, nak cantik-cantik ni tabaruj tau.
tak pun, cakap macam ni :
Nak keluar rumah x payah nak berbedak bagai, keluar je dengan wudhu senang, nak melawa-lawa atau bersolek ni tabaruj tau.
OoOoOoO <----------- reaksi aku kalau dorg cakap depan aku.
Firstly, lets talk about FACIAL CARE.
Ok, untuk pengetahuan pari-pari syadidah yang selalu memandang rendah kat orang-orang yang menitik beratkan pasal  penjagaan muka, TIDAK SEMUA ORANG MEMPUNYAI MUKA LICIN/FLAWLESS seperti anda semua TAHU ? Habis kalau orang tu kulit jenis berminyak dan banyak jerawat kat muka (macam aku), cukup ke dengan wudhu? Aku tak merendahkan hikmah berwudhu, malah aku galakkan semua orang agar sentiasa berwudhu, sebab syaitan susah nak dekat dengan orang yang ada wudhu.
Back to the real point, JERAWAT itu adalah satu jenis penyakit, BLACKHEAD juga adalah satu jenis penyakit, dan segala jenis masalah muka adalah satu penyakit, adakah berdosa kalau nak mengubati dan mencegah penyakit-penyakit tersebut? Adakah dengan berikhtiar mengubati penyakit dikira tabaruj?
Jawab sendirilah ye..
Facial care yang aku maksudkan disini adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam, selagi ia tak mengubah bentuk asal ianya di bolehkan. Lainlah cerita kalau cucuk botox, vitamin C, plastic surgery ke, tu memang HARAM setahu aku.

Pekara yang kena buat bagi orang yang kulit muka bermasalah macam aku adalah :- Basuh muka dengan pencuci muka 2 kali sehari (pagi dan malam).- Basuh muka dengan scrub 2 kali seminggu.- Tuapkan muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.- Pakai toner 2 kali sehari.- Letak tea tree oil extract kat tempat blemish.- Sapu Bio oil kat tempat bekas jerawat.- pakai mosturizer (siang).- Pakai night faded blemish cream bila malam masa nak tidur (kalau aku rajin, kuikuikui)- Pakai mask seminggu sekali (kalau aku ingat, biasa aku lupa, kahkahkah maka jadinya sebulan sekali je aku pakai).

Kalau rajin buat mendalah semua atas ni, muka nanti takdelah berminyak.Jerawat pun kurang. Cuma, aku ni kalau stress, aku malas nak endah facial care semua ni, makanya naiklah pelbagai jerawat kat muka (padan muka).
Aku biasa buat mendalah semua ni kalau nak keluar rumah (sebab kalau keluar rumah lagi banyak kotoran nak melekat kat muka, seperti habuk, asap dan hama) dan malam nak tidur (masa bangun pagi, muka tak berminyak dah).

Secondly, tentang bersolek pula.
Bersolek yang aku nak maksudkan disini adalah Bersolek seadanya untuk nampak muka segar (tak pucat). Bukannya bersolek pakai blusher, mascara, make up tebal-tebal macam barbie doll.
Kalau aku, aku nak keluar rumah biasanya aku tak bersolek pun, cuma facial care yang kat atas tu je aku buat dan pakai lip balm je.
Tapi, kalau ada event/program/meeting atau apa-apa yang menyebabkan aku kena jumpa ramai orang, aku biasa bersolek lah juga, sebab muka aku ni selalu pucat macam orang sakit. Kalau aku baru baik demam ke, migrain ke atau apa-apa penyakit yang biasa aku kena, muka aku pucat tak bermaya macam anak patung. (Aku sendiri pun takut tengok muka aku. kahkahkah..)
Kalau aku bersolek pun sebab aku tak nak orang takut aku tiba-tiba pengsan atau cakap dengan aku "kamu ni sakit ke?", sebab tu kalau jumpa orang dalam 1 event yang aku kena handle, aku akan bersolek.
Bersolek pun takde mana sangat pun, sekadar pakai Garnier BB cream pastu sapu Maybelline oil control compact powder, pastu pakai lip balm. semua pakai nipis je. Tak payah tebal-tebal.
Pernah aku jadi moderator dalam satu slot untuk 1 program ni, masa tu petang lepas solat zohor, aku ni tak sempat nak pakai bedak terus handle slot tu, sepanjang aku handle slot tu, semua orang risau aku akan pengsan, sebab muka pucat.. kan, aku dah cakap, aku ok je, orang yang tengok aku yang takut...
Lagi satu, bila kita berhadapan dan berinteraksi dengan orang, mestilah kita nak muka yang segar, bertenaga dan yang terbaik kan?

Dulu aku sebenarnya tak ambil endah pasal facial care ke, muka aku bila berhadapan dengan orang ramai ke.. semua aku tak kisah.. sebab dulu aku jenis tak bercampur dengan orang, tak berinteraksi sangat dengan orang. Sejak membuat kerja-kerja untuk orang ramai, bergaul dengan orang ramai, aku sedar imej tu penting. Bukan nak berimej sangat pun, cuma nak kemas simple dan sedap mata memandang je.
Start dari tahun lepas, aku baru ambil kisah hal-hal ni. Faktor lain, mak aku yang usung aku pergi buat facial masa aku balik malaysia. Mak aku nak aku kelihatan feminine, dia tak suka tengok aku pakai sneakers bagai. Aku rasa dia mesti terkejut kalau tengok gaya aku kat mesir ni macam mana sebenarnya.. kuikuikui..

Untuk pari-pari syadidah, better tanya orang tu dulu apa yang dia buat sebelum menghukum seseorang tu.
Lagi satu, selagi ianya tak melanggar syarariat islam buat apa nak besar-besarkan isu ye dak? tapi, biasalah perempuan... :P


p/s : sebenarnya, aku susah nak cari produk facial care yang sesuai untuk aku. Biasanya kalau produk biasa kulit aku mengelupas sebab terlampau kering, atau muka aku kemerah-merahan atau macam-macam lagi. sekarang aku pakai tea tree product keluaran Body Shop, so far it is good.. lagipun body shop bahan dia organic. kopak duit aku beli mendalah ni, nasib baik sekali beli tahan dalam 3 bulan.